Imam Jelaskan Sebab & Cara Melakukan Sujud Sahwi [Video]

25 Aug 2025 • 3:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu


Sudah menjadi kewajipan buat setiap umat Islam untuk mendirikan solat lima waktu pada setiap hari.

Bahkan kita sudah dipraktikkan sejak dari kecil agar kita terbiasa melakukannya dan tidak meninggalkannya tanpa sebab yang jelas atau sengaja.

Namun sebagai manusia adakalanya kita berdepan dengan situasi yang tidak disengajakan dalam mendirikan solat, sebagai contoh ada yang terlupa sudah berada di rakaat keberapa atau terdapat perkara sunat yang tertinggal seperti tahiyat awal dan sebagainya.

Imam jelaskan kenapa sujud sahwi dilakukan

Baru-baru ini, geng Masjid Kg Nakhoda di Batu Caves, Selangor turut tidak ketinggalan untuk menjelaskan mengenai sujud sahwi dan mengapa ia dilakukan sejurus seseorang selesai mendirikan solat.

Menerusi video sketksa yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan Bilal secara tiba-tiba menampar Imam sewaktu dia selesai memberikan salam.

Bahkan, Bilal turut menyuruh Imam untuk mendirikan semula solat kerana melihat dia tidak melakukan tahiyat akhir sebelum memberikan salam.

Terkejut dengan perkara itu, Imam lalu menjelaskan dia tidak melakukan tahiyat akhir kerana baru selesai membuat sujud sahwi. Malah dia turut mengatakan Bilal sepatutnya bertanya terlebih dahulu sebelum bertindak menamparnya.

Sujud sahwi dilakukan sebelum memberikan salam

Bukan hanya itu, dia turut menjelaskan apa itu sujud sahwi kepada Bilal sebaik melihat wajahnya seperti pelik apabila mendengar mengenai perkara tersebut.

“Tadi saya buat sujud sahwi. Ya, sujud sahwi ini adalah dua sujud sebelum salam disebabkan kelupaan atau kealpaan (lupa).

“Sebab-sebab sujud sahwi, yang pertama tertinggal sunat ab’ad (seperti tahiyat awal atau doa qunut).

“Sebab yang kedua, kita ada syak atau ragu-ragu dalam solat dan yang ketiga lupa di dalam solat.

“Contohnya kita solat tadi rakaat pertama lupa nak baca al-Fatihah, tambah satu lagi rakaat baca al-Fatihah di akhir solat disunatkan untuk membuat sujud sahwi,” jelas Imam lagi.

Cara untuk melakukan sujud sahwi

Imam turut menunjukkan cara yang betul untuk membuat sujud sahwi dan menyifatkan ia mudah.

Sebaik sahaja selesai bacaan tahiyat akhir, individu kemudian terus membuat sujud yang pertama dengan membaca ayatnya iaitu:

image is not available

Kemudian bangun dan duduk di antara dua sujud sebelum turun semula untuk melakukan sujud kedua dengan bacaan yang sama.

Sebaik sahaja bangun daripada sujud kedua, individu perlu terus memberi salam.

Perkara sama turut dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus turut ada menjelaskan mengapa sujud sahwi dilakukan sewaktu solat.

Jelasnya, ulama ada mengatakan Rasulullah SAW melakukan sujud sahwi kerana meninggalkan tahiyat awal pada rakaat kedua sewaktu mendirikan solat Zohor.

Menurutnya Nabi Muhamaad SAW, melakukan sujud sahwi sebelum memberikan salam.

“Sujud tu faham dah sujud, sahwi ni kerana tersalah atau terlupa. Jadi kenapa? Kata para ulama antara sebab sujud sahwi meninggalkan sunat yang berat iaitu sunat ab’ad. Kalau kita jenis mazhab syafie yang baca doa qunut waktu subuh bila tertinggal baca qunut, sunat sujud sahwi.

“Apabila tertinggal tahiyat awal, sunat sujud sahwi. Lagi, kalau kita terbuat perkara yang kalau sengaja batal kalau tak sengaja tak batal contoh tersalah tambah rakaat.

“Sepatutnya Subuh, dua rakaat tapi kita pergi tambah tiga. Bila berdiri yang ketiga, ‘lah tiga (rakaat) dah aku, salah dah.’

“Sengaja, buat tiga? Batal. Tapi kita tersalah, tak batal. Turun baca tahiyat akhir. Lepas tahiyat akhir, sujud sahwi kemudian salam.

“Atau kata setengah fuqaha kita terbawa, bacaan yang bukan tempatnya. Contoh, duduk antara dua sujud tetapi membaca doa iftitah.”