
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap pengguna jalan raya sering dinasihatkan untuk berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.
Meskipun sudah berhati-hati namun kita tidak dapat menolak kemungkinan berlakunya kemalangan yang berpunca daripada keadaan sekeliling, alam semula jadi dan sebagainya.
Ini kerana kemalangan sebegini memang tidak boleh dijangka bila ia akan berlaku walhal ia boleh mengancam nyawa.
Wanita terkejut tiba-tiba besi tembusi cermin kereta sewaktu lalu di lebuh raya
Baru-baru ini, seorang wanita bersama suaminya turut berdepan dengan situasi mencemaskan apabila sebatang besi secara tiba-tiba menembusi kenderaan mereka sewaktu sedang melalui sebuah lebuh raya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Cyda Ismail di TikTok, awalnya dia menunjukkan keadaan cermin kereta yang pecah disebabkan besi jatuh dari flyover dan menembusi cermin Proton X50 berkenaan.
Bunyi kuat seperti meletup
Katanya insiden yang berlaku itu membuatkan dia dan suami terkejut kerana kedengaran bunyi kuat meletup dan kaca-kaca pecah dan bertaburan di merata tempat.
“Kalau tanya daripada mana datangnya besi konkrit tu, dia jatuh daripada flyover. Semalam balik daripada makan tengah hari, pergi pos barang. Dalam perjalanan balik lalu dekat Lebuhraya Besraya daripada Sg Besi menghala ke Putrajaya.
“Dia jatuh daripada atas sebab kami lalu dekat belah flyover. Lalu flyover tu ‘pom!’ Meletup wei. Nasib baik benda tu (besi) tak masuk dalam sebab dia tersangkut dekat tinted,” ujarnya dalam video tersebut.
Masih tenang kerana kereta dipandu perlahan
Kata Cyda, ketika insiden suami yang memandu juga kelihatan tenang kerana tidak memandu laju.
Ujarnya sewaktu cermin tersebut meletup dia turut melihat ke arah kiri dan kanan adakah ia melayang daripada kenderaan lain namun tiada.
“Pusing belakang kami melepasi flyover. Punya nervous, sampai salah masuk lorong Smart Tag. Kami guna Touch N Go.
“Suami berhenti tepi, kibas serpihan kaca yang merecik. Lepas tu pusing balik ke lebuhraya, pergi pejabat tol dekat tepi tu. Jadi semalam suami dan selesai buat laporan pada polis dan tunggu kemaskini dari pegawai bertugas,” katanya lagi.
Atas jalan ni, bukan kira accident belaga2 kenderaan jaa… enda mcm ni pon kira accident jugak. Allah sayang kami, alhamdulillah Suami pon steady lagi waktu drive tu tak terkejut apa. Sebab dia bawak slow jaa time tu. Time cermin meletup. Memang cyda terus tengok kiri kanan. Kot melayang dair lori ka apa. Tapi dak. Belah kanan ada moto, kiri depan sikit. Mcm lori diy, yg kecik tuu (Seingat sy laa) Kalih belakang, kami melepasi flyover. Punya neves. Smpai salah masuk lorong smart tag. Kami guna tngo. Suami berenti tepi. Ribas2 serpih maca yg merecik. Lepas tu pusing balik hghway, pergi rumah tol dekat tepi tuu. Jadi semalam, suami dah setelkan report polis dan tgu update dari pegawai bertugas 🥹 Hati-hati semua dekat jalan, mintak dia bnyak2 bagi allah lindung kita. In Sha Allah….
Minta orang ramai hati-hati ketika berada di jalan raya
Dalam masa sama Cyda turut meminta orang ramai khususnya pengguna jalan raya yang lain untuk berhati-hati ketika berada di atas jalan raya.
Melihat di ruangan komen, ramai yang prihatin dengan keadaan Cyda serta menyifatkan insiden tersebut begitu bahaya.
Ada juga yang bertanya adakah mereka mempunyai kamera papan pemuka (dashcam), namun Cyda memaklumkan ia belum dipasang kerana mereka baru sahaja menukar tinted cermin.
Tak kurang juga ada mengatakan Cyda dan suaminya boleh membuat tuntutan pada pihak lebuhraya berkenaan atas insiden yang berlaku.
“Boleh tuntut insuran dari lebuhraya ni sebab pernah buat dulu sebab cermin retak, orang potong rumput”

“Weh, dasyatnya! Nasib baik tak kena orang dalam kereta”

“Kalau cermin kereta pecah ni jangan suka-suka drive ya, takut serpihan kaca yang halus kita tak nampak tu boleh masuk mata dan boleh membuatkan kita buta..”

“The real final destination, takut woi”



![“Minta Maaf Pun Tak” – Pemandu Kecewa Kereta Dirempuh Penunggang Motosikal Tiada Lesen [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)

![“Kelakar Tengok Reaction” – Aksi Pemuda Jual Semula Nasi Lemak Diborong Dengan Harga RM1 Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![“Tergamaknya Orang Buang” – Pemuda Selamatkan Kucing Dalam Plastik Beras Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)