“Langsung Tak Hargai, Satu Pembaziran” – Lelaki Kecewa, Beg Doorgift Kahwin Ditinggalkan Tetamu [Video]

18 Aug 2025 • 12:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umpama sudah menjadi suatu kewajipan di Malaysia untuk memberi goodies atau doorgift kepada para tetamu yang hadir ke sesuatu majlis perkahwinan.

Ia diberikan untuk meraikan tetamu yang hadir di samping tanda kenang-kenangan dari pasangan keluarga pengantin.

Jika dahulu, bunga telur adalah doorgift yang paling popular, namun kini pelbagai barangan berserta beg yang dijadikan sebagai goodies buat para tetamu.

Lelaki kecewa dakwa tetamu majlis kahwin sengaja tinggalkan beg doorgift

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial luahan seorang lelaki yang kecewa selepas mendakwa ada tetamu di sebuah majlis perkahwinan yang sengaja meninggalkan beg goodies yang diberikan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @eddyshukor86, kelihatan dua beg goodies disangkut di sebuah pagar.

Difahamkan, isi atau barangan doorgift di dalam beg berkenaan telahpun diambil oleh tetamu, namun beg kertas berkenaan ditinggalkan begitu sahaja.

Sifatkan tetamu tak hargai dan satu pembaziran

Lelaki terbabit menyifatkan perbuatan tetamu berkenaan sebagai tidak menghargai pemberian pihak keluarga pengantin dan menganggap ia satu pembaziran.

“Langsung tak hargai, depa sangkut, depa buang macam tu sahaja. Bukannya sekupang dua (murah) beg ini. Sedihlah, ini satu pembaziran lah,” katanya.

Susulan itu, dia memberi cadangan sinis agar selepas ini barangan yang ingin diberikan kepada tetamu dibaluti dengan daun pisang sahaja untuk mengelak berlaku pembaziran sedemikian.

@eddyshukor86

bunga telur satu adat satu pembaziran

♬ bunyi asal – Armansholawat

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang akui memang tak suka doorgift

Perkongsian lelaki itu di laman TikTok telah meraih perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi.

Ada segelintir individu terutamanya lelaki yang menyatakan mereka sememangnya tidak menginginkan pemberian doorgift.

Selain itu, ada juga yang mempersoal doorgift apa yang boleh diberikan kepada tetamu untuk mengelakkan pembaziran sebegitu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available