Lebih 40 juta jemaah kunjungi Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446H

18 Jul 2025 • 4:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

MADINAH, 18 JULAI: Seramai 40,103,344 jemaah mengunjungi Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446 Hijrah, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), jumlah itu direkodkan dari 1 Zulkaedah hingga 29 Zulhijah, mencerminkan kejayaan berterusan Kerajaan Arab Saudi dalam usaha menyambut kedatangan pengunjung dan membolehkan mereka menunaikan ibadah dalam suasana yang selamat dan tenang.

Pihak berkuasa itu menegaskan komitmennya untuk terus menambah baik perkhidmatan di dalam dan di perkarangan Masjid Nabawi bagi memenuhi keperluan jemaah serta meningkatkan pengalaman ibadah secara menyeluruh bagi semua pengunjung.

– BERNAMA-SPA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved