'Imane Lunara & Imane Laudya rahmat terbesar dalam hidup' - Intan Najuwa syukur rezeki dikurnia 2 puteri, kongsi cubaan bersalin normal tidak berjaya

Family & ParentingLifestyle
11 Aug 2026 • 10:57 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Imane Lunara & Imane Laudya rahmat terbesar dalam hidup' - Intan Najuwa syukur rezeki dikurnia 2 puteri, kongsi cubaan bersalin normal tidak berjaya

PELAKON Datin Intan Najuwa menzahirkan rasa syukur apabila kini memiliki dua orang puteri dalam hidupnya.

Menerusi hantaran di Threads, pelakon drama  Kekasih Paksa Rela dan Hantu Punya Bos itu berkongsi perasaan gembira dan teruja dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga kecilnya.

"Imane Lunara & Imane Laudya dua rahmat terbesar dalam hidup saya," titipnya.

Terdahulu, pemilik nama Intan Najuwa binti Abdul Wahid itu reda cubaan untuk bersalin normal untuk kelahiran anak keduanya ini tidak berjaya susulan kedudukan si kecil ketika minggu ke-40 kehamilan yang tidak mengizinkan.

Image from: 'Imane Lunara & Imane Laudya rahmat terbesar dalam hidup' - Intan Najuwa syukur rezeki dikurnia 2 puteri, kongsi cubaan bersalin normal tidak berjaya

“Untuk yang tanya, tidak, saya tak berjaya untuk Vaginal Birth After Caesarean (VBAC). 

"Kandungan sudah hampir cecah 40 minggu tapi posisi bayi tidak mengizinkan saya untuk melalui proses VBAC seperti yang saya harapkan. 

“Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk teruskan dengan elective C-section secepat yang mungkin, untuk memastikan bayi lahir dengan selamat,” katanya.

 

Pun begitu, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman itu juga berkongsi bahawa fasa selepas bersalin kali ini lebih lancar dan penuh makna.

Image from: 'Imane Lunara & Imane Laudya rahmat terbesar dalam hidup' - Intan Najuwa syukur rezeki dikurnia 2 puteri, kongsi cubaan bersalin normal tidak berjaya

"Melahirkan anak dan melalui fasa berpantang kali ini, saya rasa jauh lebih kuat dan gembira. 

"Mungkin sebab saya sudah mengjadi ibu kepada dua orang anak sekarang dan semua orang yang saya sayang ada di depan mata. Alhamdulillah untuk fasa hidup yang indah ini," titipnya.

Untuk rekod, Intan dan suami mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023 dan telah dikurniakan anak sulung perempuan yang diberi nama Imane Lunara yang kini berusia setahun lapan bulan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved