Imarahkan pusat Islam universiti

LocalOpinion
7 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Imarahkan pusat Islam universiti

APABILA bicara soal aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pusat Islam, jarang sekali mahasiswa lari dari program-program berorientasikan ceramah, kuliah maghrib, bacaan alunan ayat suci al-Quran dan tabligh. 

Memang tidak dinafikan, program-program yang bersifat rohani ini amat penting dalam pembentukan karakter dan jiwa mahasiswa ke arah kebaikan.

Namun begitu, satu fakta yang tidak boleh dikesampingkan ialah hati anak muda pada hari ini sudah kurang tertambat pada pusat Islam.

Kita tidak boleh menunding jari ke arah mahasiswa-mahasiswa ini seratus peratus. Jika dikaji kecenderungan mahasiswa kala kini, kita akan dapati  program-program pusat Islam sering kali kurang menarik minat mereka.

Solusi bagi permasalahan ini ialah, program-program pusat islam wajarlah lebih kreatif demi menarik minat golongan mahasiswa. 

Mungkin kita boleh dirikan kelas-kelas bahasa, sains, undang-undang serta ceramah berkenaan langkah memasak. Tambahan pula, kitab oleh terbitkan audio siar rasmi pusat Islam universiti yang membahaskan pelbagai topik, dari falsafah sehinggalah kepada agama.

Barangkali audio siar ini boleh diterbitkan di media sosial rasmi pusat Islam universiti.

Ramai mahasiswa salah faham yang pusat Islam hanya terbatas untuk program-program ceramah agama. Faktanya, pusat Islam didirikan atas rasional mahu menjadikan umat yang bitara dalam ilmu aqli dan naqli. 

Semoga dengan idea ini kita dapat melihat pusat Islam di universiti dimewahkan dengan program-program menarik serta dilimpahi pengunjung selalu, insya-Allah.-UTUSAN

 

MUHAMMAD AMIR HADI MAHRIZAL

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

The post Imarahkan pusat Islam universiti appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved