Imej Acah Sedan Audi A6 Didedahkan – Pelancaran 15 April Ini

Cars
9 Apr 2025 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Imej acah sedan Audi A6

Selepas pelancaran versi wagon bulan lalu, Audi kini mendedahkan imej acah pertama sedan yang terbaru, Audi A6. Ini bukanlah model elektrik (EV) Audi A6 e-tron yang diperkenalkan tahun lalu, kerana A6 baharu ini sebenarnya menggantikan model A7 susulan perubahan strategi penamaan Audi yang kini menyatukan barisan A6 Avant dan A7 Sportback di bawah satu nama.

Rekaan Sporty yang Menyerlah

image is not availableimage is not available

Audi A6 generasi akan datang (kiri) & Audi A6 Avant terbaru (kanan)

Imej bahagian belakang sedan ini menunjukkan rekaan lampu belakang yang hampir menyerupai versi Avant. Lampu jenis OLED menjadi tumpuan, namun terdapat sedikit perbezaan corak pencahayaan berbanding versi wagon.

Logo A6 yang berwarna hitam turut kelihatan, menandakan varian ini mungkin diberikan kemasan sporty S Line.

Fokus Terhadap Ciri Aerodinamik dan Keselesaan

Walaupun spesifikasi penuh belum didedahkan, Audi menyatakan mereka telah memberikan tumpuan terhadap penambahbaikan aerodinamik dan bunyi kabin (aeroacoustics). Sistem suspensi dan pengendalian juga telah diberikan talaan semula untuk pengalaman pemanduan yang lebih stabil dan responsif.

Perkongsian Platform dan Enjin Dengan A6 Avant

image is not availableimage is not available

Sedan Audi A6 baharu ini dijangka berkongsi platform Premium Platform Combustion (PPC) dengan Avant. Ini bermakna, pilihan enjin mungkin merangkumi varian petrol, diesel serta sistem elektrifikasi ringkas.

Tarikh Pelancaran Global

Sedan eksekutif premium ini dijadualkan membuat penampilan rasmi pada 15 April 2025, memberikan persaingan kepada BMW 5 Series generasi G60 dan Mercedes-Benz E-Class generasi W214.