‘Imej itu tidak senonoh, mengaibkan, melampau sangat’

LocalEntertainment
17 Sep 2026 • 11:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Imej itu tidak senonoh, mengaibkan, melampau sangat’

PETALING JAYA – Foto disunting dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), penyanyi Siti Nordiana menyifatkan penyebaran sekeping gambar memperlihatkan dirinya berpakaian seksi berpelukan dengan seorang lelaki sebagai tindakan melampau dan tidak bertanggungjawab.

Siti Nordiana atau nama lengkapnya Siti Nordiana Alias, 41, berkata dia hanya perkara mengaibkan tersebut sebaik dimaklumkan pengikut di aplikasi TikTok.

“Saya pun baru tahu semalam. Masa itu saya buat live (siaran langsung). Ada ‘follower’ saya maklumkan fasal orang salahguna muka saya.

“Waktu itu saya belum tengok lagi. Bila dah tengok foto suntingan dimaksudkan saya memang terkejut. Imej itu tidak senonoh dan mengaibkan, melampau sangat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Enggan membiarkan tindakan jijik itu berlarutan, ibu kepada seorang anak itu berkata, dia sudah membuat laporan kepada pihak TikTok.

“Saya dah report kepada TikTok. Saya minta orang ramai bantu beramai-ramai laporkan akaun terbabit. Jangan ada lagi mangsa lain,” ujarnya.

Terdahulu, sekeping foto seorang wanita mengenakan blaus tanpa lengan dan bertudung namun menggunakan wajah penyanyi itu disebarkan menerusi sebuah akaun TikTok.

Suntingan yang didakwa bertujuan mengaibkan apabila memadankan tubuh serta muka invidu berbeza itu meraih perhatian netizen.

Sebelum ini beberapa selebriti lain termasuk Neelofa, Mira Filzah serta Siti Khadijah pernah menjadi mangsa melibatkan penggunaan teknologi manipulasi wajah, filter, atau deepfake. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Imej itu tidak senonoh, mengaibkan, melampau sangat’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved