Siti Nordiana Terkejut Wajah Disalah Guna Dalam Foto AI Tidak Senonoh

LocalEntertainment
17 Sep 2026 • 6:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi Siti Nordiana mengakui terkejut apabila mengetahui wajahnya digunakan dalam sebuah foto suntingan yang dianggap keterlaluan dan mengaibkan.

Lebih mengejutkan, penyanyi berusia 41 tahun itu pada mulanya langsung tidak mengetahui kewujudan gambar berkenaan sebelum dimaklumkan sendiri oleh pengikutnya ketika melakukan siaran langsung di TikTok.

Wajah Siti Nordiana digunakan pada tubuh wanita lain

siti nordiana

Saya pun baru tahu semalam. Masa itu saya buat live (siaran langsung). Ada ‘follower’ saya maklumkan fasal orang salahguna muka saya.

Waktu itu saya belum tengok lagi. Bila dah tengok foto suntingan dimaksudkan saya memang terkejut. Imej itu tidak senonoh dan mengaibkan, melampau sangat.- Katanya.

Tidak mahu perkara sama terus berlaku, Siti Nordiana berkata dia sudah membuat laporan terhadap akaun berkenaan kepada pihak TikTok.

Image from: Siti Nordiana Terkejut Wajah Disalah Guna Dalam Foto AI Tidak Senonoh

Saya dah report kepada TikTok. Saya minta orang ramai bantu beramai-ramai laporkan akaun terbabit. Jangan ada lagi mangsa lain.- Ujarnya.

Foto yang tersebar menunjukkan seorang wanita mengenakan blaus tanpa lengan dan bertudung, namun wajahnya telah digantikan dengan wajah Siti Nordiana.

Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan termasuk Neelofa, Mira Filzah dan Siti Khadijah turut pernah berdepan penyalahgunaan teknologi manipulasi wajah, filter atau deepfake.

The post Siti Nordiana Terkejut Wajah Disalah Guna Dalam Foto AI Tidak Senonoh appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved