Penyanyi Siti Nordiana meluahkan rasa terkejut selepas mendapati wajahnya disalahgunakan dalam sekeping foto suntingan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Foto berkenaan memperlihatkan wajahnya dipadankan pada tubuh seorang wanita berpakaian seksi dan berpelukan dengan seorang lelaki.
AdvertisementView this post on Instagram
Menurut Siti Nordiana atau nama lengkapnya Siti Nordiana Alias, 41, dia hanya mengetahui mengenai penyebaran gambar tersebut selepas dimaklumkan oleh pengikut ketika melakukan siaran langsung di TikTok.
“Saya pun baru tahu semalam. Masa itu saya buat live (siaran langsung). Ada ‘follower’ saya maklumkan fasal orang salahguna muka saya.
“Waktu itu saya belum tengok lagi. Bila dah tengok foto suntingan dimaksudkan saya memang terkejut. Imej itu tidak senonoh dan mengaibkan, melampau sangat,” katanya kepada Kosmo! Online.
Tidak mahu perkara tersebut terus berlarutan, penyanyi itu memaklumkan dia sudah membuat laporan terhadap akaun berkenaan kepada pihak TikTok.
View this post on Instagram
“Saya dah report kepada TikTok. Saya minta orang ramai bantu beramai-ramai laporkan akaun terbabit. Jangan ada lagi mangsa lain,” ujarnya.
Terdahulu, sekeping foto seorang wanita mengenakan blaus tanpa lengan dan bertudung tetapi menggunakan wajah Siti Nordiana tersebar menerusi sebuah akaun TikTok.
Suntingan tersebut dipercayai menggunakan teknologi manipulasi imej dengan menggabungkan wajah dan tubuh individu berbeza sehingga mengundang perhatian netizen.
Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan termasuk Neelofa, Mira Filzah dan Siti Khadijah turut pernah menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi manipulasi wajah, filter atau deepfake.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Baru Umum Bakal Edar Kad Kahwin, Diana Danielle Dedah Sudah Putus Hubungan Dengan Kekasih - "Saya Okay Saja, Ini Yang Terbaik"
The post Foto Pakai Seksi & Berpelukan Dengan Lelaki ‘Viral’, Penyanyi Dan Pelakon Wanita Beri Respon – “Aib, Melampau Sangat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






