Imej Rasmi Xiaomi MIX Flip2 Diperlihatkan Kepada Umum

TechnologyDigital
24 Jun 2025 • 1:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi kini berkongsi maklumat lanjut mengenai peranti boleh katup baharu mereka MIX Flip2 menerusi beberapa siaran di Weibo. Generasi terkini ini boleh menawarkan pelbagai inovasi baharu berbanding model sebelumnya.

image is not available

Dari segi rekaan, MIX Flip2 masih mengekalkan elemen yang menyerupai model terdahulu namun akan diberi peningkatan lebih baik termasuk skrin melengkung dan bingkai logam yang lebih premium. Ia turut akan dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan bateri berkapasiti besar 5100mAh.

image is not available

Engsel baharu turut digunakan bagi menjamin lipatan yang lebih lancar dan tahan lama sehingga 200,000 kali. Skrin luar bersaiz 4.01 inci masih dikekalkan dengan fungsi penuh tanpa perlu membuka peranti. Sementara itu, skrin dalam berukuran 6.86 inci kini disertakan dengan kaca pelindung yang lebih tahan lasak.

image is not available

Sistem kamera Leica turut dikekalkan untuk memberikan pengalaman fotografi professional. Empat pilihan warna akan ditawarkan, termasuk hijau dan ungu. Pelancaran rasmi peranti ini dijadualkan berlangsung pada 26 Jun 2025 di mana lebih banyak maklumat bakal didedahkan.