Imej Terbaharu Jadi Perhatian Lepas Muncul Dalam Podcast, Ramai Beri Semangat Pada Zizan Nin

EntertainmentLifestyle
8 Jan 2026 • 12:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan semakin meningkat usia kita, semakin banyak perubahan dalam kehidupan termasuklah dari segi ekonomi, pekerjaan dan juga penampilan diri.

Seiring usia berubah pastinya ada yang mengalami perubahan bentuk badan seperti wajah dan sebagainya. Perkara sama turut dilalui oleh pelakon lelaki, Zizan Nin yang sebelum ini menjadi perhatian orang ramai sebaik muncul dalam sebuah audio siar di YouTube.

Dalam satu klip audio siar pendek yang dikongsikan di TikTok, penampilan terkini pelakon itu menjadi bahan bualan apabila ada yang mengkritik dengan membandingkan imej lamanya.

@kena.kupas

Zizan Nin cerita job iklan pertama dia, selepas lama menanam anggur. Catch the full conversation on our YouTube & spotify kena kupas channel now! Terus follow kami untuk kupasan dan perkongsian menarikimage is not available kenakupas kenachannel#fyp

♬ original sound – Kena – Kena

Zizan Nin kesal penampilan jadi perhatian berbanding info yang disampaikan dalam podcast

Sedar mengenai perkara itu, aktor ini kemudian tampil menerusi satu hantaran Threads meluahkan rasa kesal terhadap isu terbabit.

Jelas Zizan Nin, ramai yang memberikan kutukan serta memperlekehkan imejnya berbanding fokus kepada info yang dikongsikan dalam podcast terbabit.

“Respon saya begini, I age gracefully (dengan bermaruah). Sejajar dengan usia kita menua, bukan muda. Semoga terus sihat dipanjangkan usia dan jadi warganegara yang berguna,” tulisnya di Threads.

View on Threads

Ramai beri respon positif termasuk selebriti

Hantarannya itu kemudiannya mendapat respon yang positif di kalangan orang ramai yang memberikan semangat kepada pelakon lelaki terbabit selepas kritikan negatif yang diterimanya.

Bahkan beberapa selebriti juga tidak ketinggalan memberikan semangat seperti Kamal Adli yang mengatakan pelakon itu adalah idolanya. Manakala Ika Nabella menyifatkan Zizan Nin merupakan antara hero yang menyeronokan apabila bekerjasama.

image is not available

Selain itu, ada yang mengatakan dia menua dengan baik dan menyifatkan seseorang yang semakin menua menjadi lebih bernilai.

Ada juga mengatakan sekurang-kurangnya Zizan Nin sudah merasai waktu kemuncaknya (prime time) dan kelihatan kacak dan kini memberi peluang kepada pelakon baru yang sedang meningkat naik.

Perubahan fizikal bukan kerana ubat-ubatan atau masalah kesihatan

Ada juga yang bertanya adakah benar perubahan fizikal dialami Zizan Nin disebabkan ubat-ubatan yang diambil kerana masalah kesihatan. Zizan Nin menjelaskan sebelum ini dia hanya mengambil ubat kolesterol sahaja.

Terdapat juga pengguna menyifatkan penampilan Zizan Nin seperti professor dan aktor itu seolah-olah memberi bayang dia bakal mendapatkan gelaran itu.

image is not available

Menerusi semakan kami, Zizan Nin telah muncul dalam Kena Kupas Podcast episod 9 yang berkongsi bagaimana dirinya boleh menceburi industri seni dan seterusnya menjadi pengarah dan penerbit untuk produksi sendiri.

Menerusi komen di ruangan YouTube podcast terbabit, ramai yang suka cara Zizan Nin berfikir dan mengatakan ia adalah satu konten yang bagus dan sarat dengan informasi yang berguna.

Berikut adalah komen netizen:

“Macam gaya prof”

image is not available

“Jangan risau bang. Ramai millenials yang saya kenal start menua masa umur 20-an lagi”

image is not available

“Dia tetapi idola pelakon saya sejak zaman sekolah.. Zizan Nin. Mana nak cari pelakon macam ni dah”

image is not available

“Menjadi tua ada privilege. Itu bermaksud anda diberikan masa, masa yang tak semua dapat..”

image is not available

“Zizan Nin berkongsi konten yang sangat bagus dan sarat dengan informasi. Selain itu, awak menunjukkan betapa pentingnya membaca dan terus belajar. Sangat menginspirasikan. Saya bangga dengan awak.”

image is not available

“Zizan ni elok kementerian sumber manusia panggil bagi ceramah dekat lepasan universiti, jangan memilih pekerjaan. Rebut peluang yang mana sampai dulu.”

image is not available