Imigresen gempur tapak pembinaan, tahan 52 pendatang asing

22 Nov 2026 • 9:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Imigresen gempur tapak pembinaan, tahan 52 pendatang asing

ALOR SETAR, 22 NOV: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 52 pendatang tanpa izin dalam operasi di sebuah tapak pembinaan di sini, pagi tadi.

Dalam kenyataan hari ini, JIM Kedah memaklumkan kesemuanya berusia antara 19 hingga 55 tahun yang terdiri daripada 38 lelaki Bangladesh, 10 lelaki dan tiga wanita Indonesia serta seorang lelaki Myanmar.

“Kesemua yang ditahan hasil pemeriksaan terhadap 64 individu melibatkan 56 warga asing dan lapan rakyat tempatan.

“Operasi itu turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Loqman Effendi Ramli,” menurut kenyataan itu.

Menurut JIM Kedah, 52 pendatang asing itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, dengan kebanyakan daripada mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas sah.

Kenyataan itu memaklumkan, terdapat warga asing yang menggunakan pas kerja di bawah syarikat lain dan bukannya majikan tempat mereka bekerja.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Negeri Kedah manakala satu saman saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut.

“JIM Kedah mengingatkan majikan supaya memastikan pekerja asing memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah serta bekerja dengan majikan dan dalam sektor yang diluluskan.

“Majikan juga tidak dibenarkan menggaji pekerja asing yang menggunakan permit kerja di bawah syarikat lain atau bekerja di luar sektor yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved