Imigresen gempur warga asing 1 Syawal

22 Mar 2026 • 10:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JIM Perak menjalankan pemeriksaan terhadap warga asing menerusi pelaksanaan Operasi Omnipresence pada 1 Syawal. Foto: JIM Perak
image is not available
Operasi bermula jam 9 pagi hingga 2 petang itu melibatkan sembilan pegawai penguat kuasa. Foto: JIM Perak
image is not available
emeriksaan secara rawak dilakukan JIM Perak terhadap warga asing di sekitar daerah Kinta pada Sabtu. Foto: JIM Perak

IPOH – Tarikh 1 Syawal bukan halangan untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak menjalankan pemeriksaan terhadap warga asing menerusi pelaksanaan Operasi Omnipresence bagi memastikan undang-undang dipatuhi di negeri ini.

Pengarah Imigresen Perak, Datuk James Lee berkata, operasi yang dilaksanakan pada Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang itu melibatkan sembilan pegawai penguat kuasa.

Menurutnya, operasi terbabit tertumpu di sekitar daerah Kinta, khususnya di kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’.

**media[3469166]**

"Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 105 individu telah diperiksa secara rawak bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

"Pemeriksaan ini bertujuan mengesan kehadiran warga asing tanpa dokumen sah serta memastikan semua pihak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi Facebook agensi berkenaan pada Sabtu.

**media[3469168]**

James berkata, pelaksanaan Operasi Omnipresence merupakan langkah berterusan jabatan dalam memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan imigresen, khususnya ketika musim perayaan.

Tambahnya, pihak jabatan akan terus mempergiatkan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa, terutama di lokasi strategik berisiko tinggi.