114 Pendatang Asing Tanpa Izin Indonesia diusir pulang

LocalPolitics
13 Mar 2026 • 3:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seramai 114 Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) warganegara Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui pintu masuk laut Pelabuhan Tawau menerusi program pemindahan siri keempat yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, pada Khamis.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, Orang Yang Dipindahkan (OYD) itu terdiri daripada 78 lelaki dewasa, 26 perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.

“Kesemua mereka dihantar pulang ke Nunukan, Indonesia dan turut diiringi oleh wakil Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini jumlah keseluruhan tahanan PTI yang berjaya dipindahkan dari Sabah mencecah 1,653 orang.

Katanya, statistik menunjukkan warganegara Filipina mencatatkan peratusan tertinggi melakukan pelbagai kesalahan di negeri ini iaitu sebanyak 55 peratus, diikuti warganegara Indonesia (38 peratus), Pakistan (4 peratus), China (2 peratus) dan lain-lain warganegara sebanyak satu peratus.

Mengulas lanjut, beliau menyeru masyarakat agar lebih peka terhadap persekitaran komuniti dan tidak bersekongkol melindungi atau menggaji PATI.

Katanya, orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan PTI melalui saluran rasmi JIM seperti portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://spab.gov.my atau Sistem Pertanyaan Online (SPO) di https://eapp.imi.gov.my.