Impian Harimau Malaya ke final berkecai

FootballSports
1 Oct 2026 • 10:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Impian Harimau Malaya ke final berkecai
Keputusan itu menyaksikan Malaysia sekadar muncul naib juara dan bakal beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga pada pada Isnin. - FOTO: FAM

KEMENANGAN 6-0 Harimau Malaya ke atas Singapura dalam perlawanan terakhir Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 tidak cukup untuk membawa skuad kendalian Tan Cheng Hoe ke pentas final. 

Ini kerana tuan rumah Indonesia memperolehi kemenangan besar 9-2 ke atas Bangladesh untuk mara dengan kelebihan jaringan meskipun terikat tujuh mata dengan Malaysia.

Malaysia dan Indonesia sebelum ini terikat seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang menyaksikan skuad Garuda beraksi dengan 10 orang pemain bermula minit ke-36 selepas Thom Haye dilayangkan kad merah selepas mengasari Arif Aiman Hanapi.  

Keputusan itu menyaksikan Malaysia sekadar muncul naib juara dan bakal beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga pada pada Isnin. 

Terdahulu, dalam aksi di Stadium Si Jalak Harupat, ayam tambatan Johor Darul ta'zim (JDT), Bergson Da Silva meledak hatrik.

Tiga lagi gol Malaysia masing-masing dijaringkan Stuart Wilkin, Paulo Jasue dan Syahir Bashah. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved