“Impian Saya..” – Peminat Terharu, Song Hayoon Ucap Terima Kasih Buat Penyokong ‘Marry My Husband’

Music
17 Mar 2024 • 3:12 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Luahan hati Song Ha-yoon telah menyentuh hati peminat serta penonton.

Baru-baru ini, Song Ha-yoon dan Lee Gi-kwang telah muncul sebagai tetamu dalam “Knowing Bros”, di mana sebelum rancangan itu berakhir, Song Ha-yoon secara tiba-tiba telah meminta izin pihak produksi serta ahli rancangan itu untuk meluahkan perasaannya.

Katanya,

Saya nak minta izin semua untuk cakap sesuatu, sebab saya rasa yang saya tak akan dapat peluang seperti ini lagi.

Tambahnya,

Saya nak ucap terima kasih buat semua yang menonton rancangan ini serta drama ‘Marry My Husband’. Sebagai pelakon, impian saya hanyalah untuk berlakon, dan disebabkan sokongan awak semua, impian saya telah menjadi kenyataan. Terima kasih sebab dah buat saya jadi makin bahagia.

Ucapan yang diluahkan oleh Song Ha-yoon itu sekali gus telah membuat salah seorang ahli “Knowing Bros”, iaitu Kim Young-chul menangis. Malah, penonton turut meluahkan rasa terharu mereka terhadap pelakon itu.

Antara komen penonton,

Klip ini buat saya menangis.

 

Awak seorang pelakon yang sangat berbakat!

 

Kami akan sentiasa sokong awak!

 

Semoga terus berjaya!

 

Saya harap awak akan jadi watak utama pula selepas ini!

Semoga terus berjaya Song Ha-yoon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.