Ina Naim Tunai Hasrat Arwah Suhaimi, Buka Kedai Dobi Di Kampung – “Lepas Ni Jangan Tanya Mesin Basuh Mana”

12 Jun 2024 • 11:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ina Naim memaklumkan dia telah berjaya menunaikan hasrat arwah suaminya, Suhaimi Saad untuk memiliki kedai dobi di kampung halamannya di Kota Tinggi, Johor.

Kongsi Ina menerusi ‘live’ di TikTok, dia sudah membuka perniagaan dobi kecil-kecilan di kampungnya dan menerima sambutan hebat daripada penduduk setempat.

 

Guna duit royalti arwah

Cerita Ina, sejak 2009 lagi arwah Suhaimi menyatakan hasratnya untuk membuka kedai dobi di kampung halaman dan akhirnya dia berjaya menunaikannya meskipun kini tanpa suami di sisi.

image is not available

Kongsinya lagi, kedai tersebut dibuka menggunakan modal daripada duit royalti arwah Suhaimi di mana Ina turut berkata dia tidak menghabiskan wang itu sewenang-wenangnya.

Alhamdulillah rezeki tidak putus terutamanya ketika musim hujan. Ada sahaja orang hantar baju termasuklah pihak masjid yang minta basuh sejadah dan telekung. Ada sekolah hantar alas meja dan langsir.

 

Jangan tanya mana mesin basuh

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd. Naim, 40, turut berseloroh dengan pengikutnya di media sosial untuk tidak bertanya lagi tentang kisah lama mereka sekeluarga yang tiada mesin basuh di rumah.

Selain berniaga kopi, sabun dan koko, alhamdulillah Allah izinkan saya tidak perlu pergi ke dobi. Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi jangan tanya mesin basuh mana.

Ini mesin basuh banyak. Selepas ini jangan tanya lagi. Jangan cakap suami saya tidak beli mesin basuh, tidak beli itu, tidak beli ini.

image is not available

Selepas pemergian suami, Ina membuat keputusan untuk menjalankan beberapa perniagaan bermodalkan duit royalti arwah Suhaimi agar wang berkenaan dapat berkembang dan menampung kehidupan dia dan empat anak mereka.

image is not available 2 weeks ago

"Saya Tahu Dia Sedang Berbahagia Di Sana" - Ramai Tertunggu Ina Naim Buat 'Live' TikTok, Tetap Tabah Setelah Kematian Suami