“Mereka Panggil Datang Ke Satu Taman Cantik..” – Ina Naim Dedah Arwah Suhaimi Saad Sempat Mimpi Allahyarham Siti Sarah & Sharifah Aini

12 Jun 2024 • 3:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada arwah Suhaimi Saad iaitu penyanyi Ina Naim mendedahkan arwah suaminya itu pernah bermimpi penyanyi Siti Sarah dan Sharifah Aini beberapa ketika sebelum meninggal dunia.

Mereka mengajak ke sebuah taman

Menurut perkongsian Ina, dalam mimpi yang diceritakan oleh arwah, dua penyanyi wanita tersebut telah mengajak suaminya ke sebuah taman cantik.

Tiga minggu sebelum arwah nak pergi, Suhaimi ada mimpi arwah Siti Sarah dengan Sharifah Aini.

 

Dalam mimpi itu, Siti Sarah dan Sharifah Aini panggil Suhaimi datang dekat mereka. Mereka panggil Suhami datang dekat satu taman yang sangat cantik.

Mimpi tunggang kuda putih

Di samping itu, menerusi siaran langsung di TikTok tersebut, penyanyi ini juga menceritakan satu lagi mimpi yang dialami Suhaimi dua minggu sebelum suaminya itu menghembuskan nafas terakhir.

Kemudian dua minggu sebelum nak meninggal dunia, dia mimpi pakai jubah putih, kopiah putih sambil naik kuda putih. Selepas itu, kuda itu bawa dia terbang tinggi. Itu kata dia pada saya.

 

Saya masa dengar cerita dia, saya macam nak dengar tak dengar sangat. Itulah mimpi terakhir yang dia cerita dengan saya.

Terdahulu, enam hari setelah Suhaimi ditidurkan dan mendapatkan rawatan, bekas penyanyi nasyid ini disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 petang pada 15 November di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.

image is not available 1 day ago

Ina Naim Tunai Hasrat Arwah Suhaimi, Buka Kedai Dobi Di Kampung - “Lepas Ni Jangan Tanya Mesin Basuh Mana”