“Kat tempat cantik…” – Ina Naim Kongsi Arwah Suami Mimpi Siti Sarah & Sharifah Aini Sebelum ‘Pergi’

Entertainment
12 Jun 2024 • 5:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemergian bekas penyanyi nasyid terkenal, Suhaimi Saad menggemparkan rakyat Malaysia tahun lepas.

Allahyarham yang begitu aktif di media sosial itu meninggal di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Terbaru, isteri kepada Allahyarham, Ina Naim berkongsi suaminya itu pernah bercerita dia ‘bertemu’ dalam mimpi dengan penyanyi pop terkenal, Siti Sarah serta penyanyi lagenda, Sharifah Aini beberapa minggu sebelum meninggal dunia.

“Dalam mimpi itu, Siti Sarah dan Sharifah Aini panggil Suhaimi datang dekat mereka. Mereka panggil Suhami datang dekat satu taman yang sangat cantik.

Kemudian dua minggu sebelum nak meninggal dunia, dia mimpi pakai jubah putih, kopiah putih sambil naik kuda putih,” katanya.

Dalam video yang tular di TikTok itu, Ina berkata dia bagaimanapun tidak begitu mengendahkan kata-kata arwah suaminya itu.

Namun, ibu kepada empat cahaya mata itu tidak menyangka bahawa itu menjadi mimpi terakhir yang diceritakan oleh Allahyarham.

Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.