“Semoga Allah Tak Duga Rumah Tangga Mereka..” – Nurul Shuhada Berdoa Yang Terbaik Buat Rumah Tangga Hafidz Roshdi Dan Athirah

Entertainment
2 Aug 2023 • 11:35 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nurul Shuhada iaitu bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi memberitahu dia mendoakan kebahagian buat bekas suaminya jika dia mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya selepas ini.

Menurut Shuhada, dia berharap rumah tangga yang bakal dibina Hafidz itu tidak diuji seperti mana yang pernah terjadi kepada rumah tangga mereka sebelum ini.

image is not available

Semoga Allah tidak duga rumah tangga mereka nanti seperti mana Allah duga rumah tangga saya dan dia (Hafidz).

Yang baik-baik untuk kalian berdua saya doakan, Insya-Allah. Be happy dan lihat juga saya happy.

Sebelum ini, Hafidz Roshdi memaklumkan doa bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya iaitu Athirah Yuhada.

image is not available

Terdahulu, Nurul Shuhada dikecam oleh netizen gara-gara membua ‘review’ sewaktu menunaikan ibadah umrah.

Kredit: OhBulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.