
LAHAD DATU: Indeks jenayah daerah ini mencatatkan penurunan sebanyak 26 kes, dengan 179 kes dilaporkan pada 2024 berbanding 205 kes pada 2023.
Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata, bagi jenayah bukan indeks, sebanyak 225 kes direkodkan pada 2024 berbanding 283 kes pada 2023.
AdvertisementMenurut Dzulbaharin, terdapat penurunan ketara dalam jenayah indeks pada awal 2025 dengan kadar penyelesaian kes yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 148 kes berbanding tempoh yang sama pada 2024.
“Bagi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), sebanyak 1,184 tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah, tahun lalu.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kadar pendakwaan menunjukkan sebanyak 1,444 kes sudah dihadapkan ke ke mahkamah termasuk 58 kes di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Bagi jenayah komersial, Dzulbaharin berkata, sebanyak 103 kes dicatatkan berbanding 98 kes pada 2023. Namun, bahagian terbabit berjaya mencatatkan kadar pendakwaan sebanyak 50.49 peratus serta kadar penyelesaian kes sebanyak 95.14 peratus.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pada 2024, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mencatatkan penurunan kes kemalangan dengan 850 kes berbanding 879 kes pada 2023.
Namun, pada 2024, sebanyak 40 kes kemalangan maut direkodkan berbanding 25 kes pada 2023.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam sidang media, Dzulbaharin turut mendedahkan kejayaan Polis Lahad Datu menahan seorang lelaki tempatan yang terlibat dalam kes rompakan dan menyamar sebagai penjawat awam.
Katanya, pada 10 Januari tahun ini, mereka menerima laporan berhubung rompakan dan penyamaran sebagai Pegawai Polis di Felda Sahabat 6, daripada seorang lelaki warga Indonesia.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Lahad Datu dengan bantuan anggota polis dari Balai Polis Cenderawasih pergi ke sebuah rumah tanpa nombor di ladang persendirian di Kampung Tanjung Labian dan menahan seorang lelaki berusia 39 tahun.
“Hasil siasatan mendapati suspek adalah bekas anggota polis bantuan dan pernah terlibat dalam kegiatan pemerasan sebelum ini,” tambahnya.


