
LAHAD DATU: Sebuah Proton Saga FLX yang melawan arus lalu lintas untuk melarikan diri daripada polis, mengalami kemalangan di Jalan Airport, di sepanjang jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal polis mendapati, ketika pemeriksaan polis di Jalan Pantai, pemandu Proton Saga FLX itu cuba melarikan diri dengan memandu melawan arus dan merempuh beberapa kenderaan di kawasan itu.
AdvertisementPemandu itu mengundurkan kenderaannya secara melulu sebelum melarikan diri. Polis di tempat kejadian cuba menghentikan kenderaan itu tetapi sia-sia dan pemandunya melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui.
Bagaimanapun, Dzulbaharin berkata, ketika meneruskan operasi di Jalan Airport, Proton Saga FLX itu ditemui terbabit dalam kemalangan dipercayai hilang kawalan dan merempuh dua kenderaan di lokasi kejadian.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Hasil pemeriksaan ke atas Proton Saga FLX mendapati pemandunya telah melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya di tempat kejadian,” katanya, menambah tiada kecederaan dilaporkan.
Menurut Dzulbaharin, kesemua pemandu kenderaan terbabit diarah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk membuat laporan polis.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Polis juga membawa Proton Saga FLX itu ke Pejabat Trafik Lahad Datu untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Saksi kejadian itu diminta menghubungi Insp. Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 atau datang ke Ibu Pejabat Polis Lahad Datu.
Dzulbaharin mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya memberi kerjasama semasa pemeriksaan polis serta berhati-hati semasa memandu bagi mengelak kejadian tidak diingini.


