India Bakal Mulakan Percubaan Kereta Api Laju Pada Mei

WorldCars
25 Nov 2026 • 6:47 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: India Bakal Mulakan Percubaan Kereta Api Laju Pada Mei

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama-TV BRICS) — Kereta api laju pertama India dijangka memulakan ujian percubaan pada Mei 2027 di bahagian Surat-Bilimora sepanjang 50 kilometer di Koridor Rel Berkelajuan Tinggi Mumbai-Ahmedabad, umum Menteri Kereta Api India Ashwini Vaishnaw

Laluan itu, yang menghubungkan dua pusat ekonomi terbesar India, akan menjadi bahagian pertama rangkaian rel berkelajuan tinggi negara itu yang menjalani pengujian, lapor TV BRICS, memetik IANS.

Kerja-kerja elektrifikasi telah siap, manakala sistem pengisyaratan dijangka siap menjelang Januari 2027.

Menteri itu menyatakan bahawa kereta api berkelajuan tinggi yang bergerak melebihi 240 kilometer sejam memerlukan piawaian kejuruteraan khusus.

Pada kelajuan sedemikian, tekanan yang terhasil daripada lintasan kereta api memberikan permintaan yang ketara terhadap kedua-dua stok rolling dan infrastruktur keretapi.

— BERNAMA-TV BRICS

The post India Bakal Mulakan Percubaan Kereta Api Laju Pada Mei appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved