India Membangunkan BharOS Yang Menumpukan Kepada Keselamatan

TechnologyDigital
22 Jan 2023 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Keselamatan pada sistem operasi adalah penting memandangkan kita kini melakukan pelbagai aktiviti perbankan secara atas talian. Sistem operasi untuk peranti mudah alih semasa adalah selamat tetapi kadang kala kerentanan yang tidak dikesan dimanipulasi pihak tertentu untuk menggodam. India kini mempunyai sistem operasi telefon pintar kendiri yang mementingkan keselamatan.

image is not available

BharOS dibangunkan oleh Indian Institute of Technology (IIT) Madras dan adalah berasaskan Android AOSP. Tumpuan sistem operasi ini ialah sekuriti dan privasi pengguna. Tiada aplikasi terpasang dalam BharOS dengan ia hanya boleh dimuat turun menerusi gedung Private App Store Services (PASS) yang hanya menawarkan aplikasi yang telah disaring.

Ini bukan sistem operasi pertama yang menumpukan sekuriti tetapi berasaskan Android. Antara sistem operasi yang telah dibangunkan ialah SilenOS untuk Blackphone 2 dan GrapheneOS untuk OSM OV1.