India sekat Malayan Tigress B-17 ke Piala Asia

11 Oct 2026 • 11:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: India sekat Malayan Tigress B-17 ke Piala Asia

SELAYANG – Hajat skuad Bawah 17 Tahun (B-17) wanita negara layak Piala Asia B-17 2027 tidak terlaksana apabila tewas 0-4 kepada India pada aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Secara atas kertas, kelebihan seakan berpihak kepada India namun keadaan permukaan padang yang basah menyaksikan skuad negara tampil aksi positif untuk mengimbangkan kualiti pasukan lawan sepanjang tempoh 25 minit pertama.

Terdahulu, Silky Devi Sorokhaibam hampir membuka jaringan buat India manakala tandukan Nira Chanu Lonjam pada minit keenam sekadar menggegar palang.

Bagaimanapun, sebaik aksi memasuki minit ke-28, gawang negara akhirnya bocor hasil penyudah sempurna Redima Chingkhamayum dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, India hanya memerlukan enam minit untuk menambah jaringan menerusi Pritika Barman sebelum Anushka Kumari meledak gol ketiga, empat minit selepas itu.

Malayan Tigress B-17 cuba menyerlahkan semangat melawan namun India kekal cemerlang melakukan tugasan bertahan sebelum Nidhi Kumar melengkapkan jaringan keempat pada minit ke-86. – KOSMO! ONLINE

The post India sekat Malayan Tigress B-17 ke Piala Asia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved