Malayan Tigress B-17 tidak gentar cabaran India

11 Oct 2026 • 9:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malayan Tigress B-17 tidak gentar cabaran India

PETALING JAYA: Misi memburu tiket ke Piala Asia Wanita B-17 2027 menuntut keberanian luar biasa apabila skuad Malayan Tigress B-17 bakal berdepan India dalam aksi penentuan juara Kumpulan E di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Walaupun India hadir dengan rekod serangan lebih tajam menerusi 16 gol dalam dua perlawanan, pengendali skuad wanita negara, Takayoshi Ishihara, percaya anak buahnya tetap mempunyai peluang untuk mencipta kejutan.

India membelasah Iraq 14-0 sebelum menewaskan Syria 2-0, manakala Malaysia turut mempamerkan prestasi meyakinkan dengan menundukkan Syria 1-0 dan Iraq 4-0.

Justeru, Ishihara menegaskan perbezaan jaringan bukan alasan untuk anak buahnya berasa rendah diri, sebaliknya mereka perlu memberikan tumpuan kepada corak permainan dan kemampuan sendiri bagi menghadapi cabaran getir itu.

“Saya faham mengenai perbezaan jaringan gol dengan India, namun kami perlu memberikan tumpuan kepada permainan dan prestasi pasukan sendiri.

“Perlawanan seterusnya kami perlu menang, jadi kami kena fokus kepada apa yang harus dilakukan. Saya menghormati India, namun saya fikir kami ada peluang untuk menang,” katanya.

Ishihara turut dijangka melakukan perubahan terhadap kesebelasan utama selepas menggunakan kombinasi berbeza dalam dua aksi terdahulu, dengan bintang muda, Lim You, berpotensi menjadi antara sandaran bersama Qaseh Riana Dafira Mohd Rafiuddin dan Keisha Adeliena Muhammad Khalid untuk mengancam benteng lawan.

Malaysia ketika ini berkongsi enam mata dengan India, namun ketinggalan dari segi perbezaan gol. 

Situasi itu menjadikan kemenangan satu-satunya pilihan buat Malayan Tigress B-17 untuk merampas takhta Kumpulan E sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan akhir di China tahun depan.-UTUSAN

The post Malayan Tigress B-17 tidak gentar cabaran India appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved