Individu Alami Sakit Kepala & Mata Hampir Tak Boleh Buka Gara-Gara Buat Spek Di Kedai Tanpa Optometrist [Video]

LocalHealth & Fitness
5 Jun 2025 • 5:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat mereka yang mengalami masalah penglihatan seperti rabun, cermin mata merupakan benda yang wajib dimiliki.

Ia penting bagi membantu seseorang itu melihat dengan jelas dan tepat sewaktu menjalani kehidupan seharian.

Jika suatu ketika dahulu, anggaran membuat cermin mata agak mahal dan harganya boleh bermula dengan ratusan ringgit.

Kini, banyak kedai yang menawarkan harga amat murah. Kadangkala, cermin mata yang mempunyai kuasa (power) hanya bernilai RM59.

Namun, pernah tak korang tertanya-tanya, adakah cermin mata yang murah sebenarnya selamat untuk pengguna?

Pelanggan Mengadu Alami Sakit Kepala & Nak Muntah Lepas Buat Cermin Mata Baharu

Baru-baru ini, sebuah kedai cermin mata di Alor Setar, Kedah telah berkongsi sebuah kisah mengenai seorang pelanggannya.

Kisah pelanggan yang membuat cermin mata tanpa pakar mata (optometrist) atau optician itu dikongsikan oleh mereka menerusi video di TikTok @image.optical.as.

Jelas mereka, pelanggan tersebut telah datang ke premis dan mengadu matanya tidak boleh dibuka ketika memakai cermin mata.

Lebih menakutkan, setiap kali pelanggan itu memakai cermin mata tersebut, dia akan mengalami sakit kepala dan rasa mual sedangkan cermin mata itu baru sahaja dibuat oleh individu berkenaan.

Kuasa Cermin Mata Rupanya Terlampau Tinggi Dari Yang Sepatutnya

Bila diselidik, rupa-rupanya pelanggan itu memakai cermin mata yang terlampau tinggi kuasanya (power) dan tidak sesuai dengan keadaan mata individu terbabit.

Tidak hanya itu, pelanggan terbabit mendedahkan dia membuat semakan mata di sebuah kedai popular namun kedai itu tidak mempunyai optometris bertauliah untuk menyemak matanya.

“Bila check (semak) balik, rupanya adik ni pakai power ‘silau’ yang terlampau tinggi sampai -700 padahal power sebenar -200 je.

“Bila ditanya rupa-rupanya adik ini check mata dekat tempat popular yang jual cermin mata murah dan tiada individu bertauliah untuk check (semak) mata,” kongsinya.

Pelanggan Disaran Cari Kedai Cermin Mata Yang Ada Optometris Bertauliah

Terang premis itu lagi, seseorang itu sebaiknya disarankan untuk mencari kedai cermin mata yang menyediakan perkhimatan optometris yang bertauliah.

Kebiasaannya, optometris yang bertauliah mempunyai pensijilan dan lesen daripada Majlis Optik Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tak salah nak cari cermin mata murah, tapi sebaiknya cari kedai yang ada optometrist atau optician bertauliah,” tulis mereka di ruangan kapsyen.

@image.optical.as

Tak salah nak cari cermin mata murah, tapi sebaiknya cari kedai yang ada optometris/optician bertauliah. #CapCut

♬ original sound – NYES | Fashion

Tonton video penuh [DI SINI]

Ada Netizen Yang Pernah Alami Pengalaman Sama

Perkongsian yang telah mendapat lebih 21,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, rupanya ada netizen yang mengalami pengalaman sama selepas membuat cermin mata yang murah.

Namun, selepas melabur duit membuat cermin mata yang mahal dan menggunakan perkhidmatan optometris, individu itu tidak lagi mengalami nasib yang sama.

Buat Cermin Mata Bukan Hanya Sekadar Bingkai Yang Cantik

Untuk info, membuat cermin mata bukan hanya sekadar memilih yang murah atau bingkai yang cantik.

Seorang optometris dalam satu hantaran di Facebook Nur Syazriena Ghazali berkongsi tentang kepentingan golongan profesional itu dalam menilai masalah penglihatan individu.

Seseorang itu perlu mencari kedai cermin mata yang menyediakan pegawai optometris. kerana;

  1. Optometris akan membuat semakan kuasa kanta dan ujian bagi mengesan masalah penglihatan mata.
  2. Menilai tahap penglihatan mata, adakah ia setanding dengan keupayaan penglihatan (visual acuity).
  3. Optometris akan memastikan visual acuity mencapai target yang normal. Sekiranya normal, individu boleh membuat cermin mata.
  4. Pemilihan bingkai dan kanta juga ditentukan oleh golongan ini memandangkan kanta mempunyai fungsi berlainan dan tidak semua bingkai sesuai dengan power cermin mata.
  5. Bantu tentukan titik fokus (pupillary distance) di antara anak mata kiri dan kanan mengikut keadaan masalah penglihatan anda.

Sepasang Cermin Mata (Kita sebut spec mata) Apa yang paling penting utk kita tahu sebelum menempah/membeli sepasang…

Posted by Nur Syazriena Ghazali on Wednesday 9 January 2019

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Biasa Buat Cermin Mata Paling-Paling Kena Ada RM500 Baru Berani Jejak Kedai, Satu Hari Terpengaruh RM50 Kanta & Bingkai, Dah Siap Tak Boleh Pakai Sebab Pening”

image is not available

Source: