
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Cincin sememangnya tidak asing lagi buat kaum wanita dan lelaki. Bukan sekadar aksesori, perhiasan terbabit juga biasanya dijadikan sebagai simbolik penikahan.
Bagi lelaki beragama Islam pula, pastinya mengetahui sekiranya mereka diharamkan untuk memakai cincin yang diperbuat daripada emas.
Bagaimanapun, sehingga hari ini masih ada segelintir lelaki yang keliru tentang jari yang mana yang seharusnya digunakan untuk menyarung cincin dan mengikut agama Islam.
Individu kongsi jari yang patut digunakan oleh lelaki untuk pakai cincin ikut sunnah
Susulan itu, seorang individu ini telah berkongsi video mengenai jari yang sepatutnya digunakan oleh lelaki untuk menyarung cincin mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @bukharitvofficial, individu itu menyatakan memakai cincin pada jari kelingking (pinky finger) adalah sunnah.
Dakwanya, kebanyakan lelaki menyarung cincin pada jari yang lain dan bukannya pada cari jari kelingking.
Makruh pakai cincin jari tengah dan jari telunjuk
Menurutnya, di dalam sebuah hadis sahih Riwayat Muslim, Ali bin Abi Talib RA telah berkata, “Rasulullah SAW menegahku dari memakain cincin pada jari ini dan ini (sambil menunjukkan kepada jari tengah dan selepasnya iaitu jari telunjuk)”.
نَهَانِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي إِصْبَعِي هَذِهِ أَوْ هَذِهِ. قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِيهَا
Individu itu berkata, hadis terbabit bermaksud pemakaian cincin bagi kaum lelaki pada jari tengah (jari hantu) dan telunjuk adalah makruh.
@bukharitvofficial The Ring 💍 Pinky Finger? #LetTheSunnahGoForth
♬ original sound – Bukhari TV Official
Nabi Muhammad SAW pakai cincin jari mana?
Memetik laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sebaiknya pemakaian cincin pada jari tengah dan telunjuk harus dielakkan, sebaliknya memakai perhiasan terbabit pada jari kelingking ataupun jari manis (ring finger).
Tidak hanya itu, Nabi Muhammad SAW juga dikatakan memakai cincin pada jari kelingking pada tangan kirinya.
نَهَانِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي إِصْبَعِي هَذِهِ أَوْ هَذِهِ. قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِيهَا
“Rasulullah SAW menegahku dari memakai cincin pada jari ini dan ini (sambil menunjukkan kepada jari tengah dan selepasnya iaitu jari telunjuk)” – Riwayat Muslim (2078)
Riwayat Muslim (2078)
Pun begitu, tiada larangan bagi kaum wanita di mana mereka boleh menyarungkannya pada mana-mana sahaja di jarinya menurut Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah.
“Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa telah ijma` sekalian muslimin akan sunnah memakai cincin pada jari kelinking bagi lelaki dan bagi wanita pula, boleh dikenakan pada mana-mana sahaja dari jarinya. Adapun tegahan Nabi SAW pada hadis di atas membawa hukum makruh tanzih dan dibolehkan untuk mengenakan cincin pada tangan kanan ataupun kiri kerana pada keduanya itu terdapat hadis yang sahih,” dipetik dari laman Pejabat Mufti WP.
Untuk info, kaum lelaki dibolehkan untuk memakain cincin yang diperbuat daripada perak (silver), batu permata, zamrud, zabarjad dan `aqiq.
Perkara sama turut dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus ketika sesi soal jawab agama di sebuah masjid pada lima tahun dahulu.
Source:

![Caprice ‘Sekolahkan’ Netizen Yang Persoalkan Tindakan Individu Rakam Momen Kena Gangguan Seksual [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)

![Lelaki Mohon Maaf Promosi Air Terjun ‘Menarik’ Di Negeri Sembilan, Baru Tahu Ia Kawasan Bahaya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)

![Suami Orang Tapi Mengaku Bujang Depan Wanita Lain, Boleh Jatuh Talak Atau Tidak? Ini Penjelasan UAI [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)