Individu bakar mercun atas jalan raya diburu

10 Nov 2026 • 12:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Individu bakar mercun atas jalan raya diburu

IPOH – Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang dipercayai membakar mercun di atas jalan raya di Jalan Kuala Kangsar di sini, seperti yang tular menerusi satu video di media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun katanya, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat termasuk meneliti rakaman teevisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

“Kita memandang serius perkara ini kerana perbuatan tersebut boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana sambutan perayaan perlu dilakukan di tempat yang tidak mengganggu pengguna jalan raya atau masyarakat umum,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Video kejadian yang tular sejak Isnin itu mencetuskan kebimbangan orang ramai berikutan tindakan bermain mercun di kawasan jalan raya yang menjadi laluan pengguna lain.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan berkenaan kerana dianggap tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang bahaya kepada orang awam. – KOSMO! ONLINE

The post Individu bakar mercun atas jalan raya diburu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved