Marah ditegur muzik terlalu kuat, 2 lelaki kejar polis dengan parang

10 Nov 2026 • 8:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Marah ditegur muzik terlalu kuat, 2 lelaki kejar polis dengan parang

JAKARTA – Dua lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol bertindak di luar kawalan dengan  mengejar anggota polis menggunakan sebilah parang di Sleman, Yogyakarta, setelah ditegur kerana memasang muzik terlalu kuat, lapor saluran berita Lambe Turah.

Kejadian di jalan Babarsari, Caturtunggal, Depok turut tular di media sosial selepas rakaman video menunjukkan suspek bersenjatakan parang mengejar anggota polis yang memakai jaket pemantul cahaya hijau di tengah jalan raya.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sleman, Inspektor Polis Satu (Iptu) Argo Anggoro mengesahkan kejadian dan menyatakan, anggotanya bergegas ke lokasi selepa menerima aduan orang awam, baru-baru ini.

“Bertindak atas laporan penduduk berhubung bunyi bising muzik yang berlarutan hingga ke pagi, anggota Balai Polis Depok Barat bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 9.40 pagi (waktu tempatan) bagi memberi nasihat dan menyelesaikan gangguan tersebut.

“Bagaimanapun, dua lelaki yang disyaki mabuk itu tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan lalu bertindak agresif dan  mengejar anggota keselamatan menggunakan senjata tajam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tindakan ganas suspek turut mengakibatkan kerosakan harta benda awam dan fasiliti pihak berkuasa, termasuk cermin sisi kereta peronda polis yang pecah serta cermin rak pameran sebuah warung berdekatan yang rosak.

Situasi tegang itu berjaya ditenangkan selepas pasukan sokongan polis digerakkan ke lokasi dengan bantuan seorang tokoh masyarakat setempat yang mengenali suspek. 

Tiada anggota dilaporkan mengalami kecederaan fizikal.

Pihak polis mengesahkan kedua-dua suspek telah ditahan, manakala parang yang digunakan dalam kejadian dirampas. – AGENSI

The post Marah ditegur muzik terlalu kuat, 2 lelaki kejar polis dengan parang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved