Lelaki main mercun tengah simpang diburu polis

10 Nov 2026 • 10:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki main mercun tengah simpang diburu polis
Tular video di media sosial memaparkan aksi seorang lelaki bermain mercun di tengah persimpangan di Klang.
Image from: Lelaki main mercun tengah simpang diburu polis
Tular video di media sosial memaparkan aksi seorang lelaki bermain mercun di tengah persimpangan di Klang.

KLANG - Tindakan seorang lelaki bermain mercun di tengah persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Kelana di sini, Ahad lalu mengundang padah apabila kini diburu polis.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi pada 8 November itu turut membahayakan keselamatan orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan mendapati kejadian bermain mercun di tempat awam sehingga membahayakan keselamatan orang ramai itu berlaku kira-kira jam 1 pagi.

"Polis menerima satu laporan berhubung kejadian berkenaan susulan penularan video insiden tersebut di media sosial.

"Susulan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana berkelakuan cuai dengan bahan mudah letupan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

**media[3706183]**

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan aksi seorang lelaki bermain mercun di tengah persimpangan di sini.

Jit Huey berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

"Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved