Lelaki Mirip Harry Potter Jadi Perhatian Di India, Nikmati Makanan Tradisional Bhandara

WorldEntertainment
27 Jan 2025 • 3:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki mirip Harry Potter, karakter dalam siri filem yang dilakonkan oleh aktor Daniel Radcliffe di bandar Prayagraj, negeri Uttar Pradesh.

Menerusi satu hantaran di Instagram, prayagrajtalktown telah memuat naik satu video memaparkan seorang lelaki yang telah menghadiri majlis keagamaan Mahakumb Mela.

Lelaki mirip Harry Potter jadi perhatian di India

image is not available

Pada video tersebut, lelaki berkenaan sedang berdiri di sebelah sebuah gerai makanan dan sedang menikmati bhandara, hidangan tradisional pada majlis keagamaan tersebut.

Lelaki tersebut yang sedang menyandang kamera digital diliht sedang menikmati hidangan itu di atas sebuah daun yang dijadikan sebagai pinggan dan dia dipercayai sedang dirakam seorang jurukamera.

Jurukamera itu kemudian memfokuskan kameranya ke muka lelaki tersebut sebelum rakan wartawannya menghulurkan mikrofon kepadanya untuk ditemu bual.

Lelaki tersebut yang kelihatan terkejut dengan perkara tersebut hanya tertawa kerana dia yang sedang menjilat pinggan daun tersebut telah dirakam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang turut terhibur dengan perkara tersebut disamping turut bersetuju lelaki tersebut kelihatan mirip dengan Radcliffe.

Dia sedang nikmati makanan kita

image is not available

Harry Potter dan misteri Mahakumbh

image is not available

Dia dalam perjalanan untuk hancurkan Horcrux

image is not available

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang meluahkan rasa kurang senang terhadap individu yang mengambil rakaman tersebut dan menyifatkannya sebagai menganggu privasi.

Tak bagi dia makan dengan tenang!

image is not available

Biarkan dia makan!

image is not available

Menerusi tinjauan, lelaki tersebut rupanya seorang jurugambar bebas yang dikenali sebagai Nicolo Brugnara untuk mengambil foto di majlis keagamaan tersebut.

Pada InstaStorynya, Nicolo berkongsi dia sangat popular di majlis keagamaan itu dan ramai yang mahu bergambar dengannya, namun begitu dia kurang bersetuju dengan dakwaan bahawa dia kelihatan sangat mirip dengan Radcliffe.

“Saya mungkin perlukan pengawal peribadi nanti. Tapi saya tak kelihatan sama dengan Radcliffe kan?” katanya.

Lelaki mirip Harry Potter kurang setuju dikatakan kembar

image is not available image is not available

Bolehlah nampak kemiripannya…