Individu cadang guna sijil SPM ganti MyKad untuk tentukan kelayakan RON95 bersubsidi

LocalOpinion
1 Oct 2025 • 2:39 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 (Budi95) yang memerlukan pengguna mengimbas MyKad di stesen minyak baru-baru ini, mencetuskan pelbagai reaksi orang awam. Namun, satu cadangan ‘luar kotak’ di media sosial mencuri perhatian ramai apabila ada yang menyarankan agar kelayakan menikmati subsidi diukur menggunakan sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam hantaran yang tular, individu berkenaan menulis:

“Saya sebenarnya tak setuju bila kena guna MyKad nak isi minyak, lebih baik guna sijil SPM. Jadi yang bodoh tak payah isi minyak.”

image is not available

Netizen sambut dengan pelbagai reaksi

Cadangan itu segera menjadi bahan bualan ramai. Ada yang menyokong secara jenaka dengan mengatakan jika harga minyak benar-benar ditentukan mengikut keputusan SPM, pelajar pasti akan lebih rajin belajar kerana lebih banyak A bermakna harga minyak semakin murah.

Baca juga:

Tidak kurang juga yang menambah warna dengan cadangan lain, antaranya memberikan harga istimewa kepada mereka yang cemerlang dalam mata pelajaran tertentu seperti Matematik Tambahan, malah ada yang berseloroh sijil nikah turut boleh digunakan sebagai syarat tambahan.

Namun, tidak semua menganggap gurauan itu sesuai. Ada yang mengingatkan bahawa tidak semua orang berpeluang menamatkan persekolahan, justeru cadangan sebegitu seolah-olah memperkecilkan golongan yang kurang bernasib baik. Ada pula yang menegaskan sijil akademik bukanlah kayu ukur tahap kecerdikan, kerana individu berkelulusan tinggi sekali pun masih boleh melakukan kesilapan.

image is not available

Rupanya hanya gurauan

Sehari selepas hantaran asal menjadi tular, individu sama tampil menjelaskan bahawa cadangan tersebut hanyalah gurauan semata-mata.

“Siapa yang tak faham lawak saya ini memang sah kena ambil SPM semula.”

Walaupun hanya dimulakan sebagai satu gurauan, perbincangan itu akhirnya menjadi trending. Netizen terus menambah idea kreatif, daripada cadangan berdasarkan keputusan peperiksaan hingga kepada syarat mengikut berat badan, lesen memandu dan sijil kemahiran.

Apa pun bentuknya, jelas bahawa isu subsidi minyak kali ini bukan sahaja dipandang serius, malah turut dijadikan bahan gurauan oleh warganet yang kreatif mencari sisi lucu dalam dasar baharu kerajaan.