Individu dakwa Andika Putera tak bayar gaji staf, guna alasan baru berkahwin

LocalEntertainment
12 Feb 2025 • 11:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Beberapa individu dakwa Andika Putera tak bayar gaji pekerja sejak tahun 2024 sehingga menyebabkan mereka yang dipercayai pernah bekerja di syarikat pempengaruh itu terpaksa tampil meluahkan rasa tidak puas hati.

Menerusi satu hantaran, pengguna laman X iaitu twtbiy telah memuat naik beberapa foto tangkap layar perbualan bersama individu yang mendakwa pernah bekerja dengan Andika.

Individu dakwa Andika Putera tak bayar gaji?

image is not available

Dakwa individu tersebut, pempengaruh berusia 28 tahun itu tidak membayar gaji pekerjanya sejak dari Disember 2024 sehingga Januari 2025.

Pada masa yang sama, individu itu turut mendakwa Andika meminta pekerjanya meletak jawatan selain meminta simpati agar dia tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana baru sahaja mendirikan rumah tangga.

image is not available

“Tak bayar dari Disember 2024 dan Januari 2025. Kesian, semua dah macam mengemis gaji sendiri.

“Siap suruh staf letak jawatan, bila minta surat berhenti kerja buat lambat. Tak bagi staf buat laporan ke pihak sepatutnya, konon suruh bagi muka sebab dia baru kahwin dan ada anak istimewa.

“Habis yang staf ni lagi lah, nak puasa dah dekat. Mana yang ada anak nak settle hal sekolah lagi. Takde empati, asyik buat konten terpaling Old Money, terpaling isteri doktor,” dakwanya baru-baru ini.

image is not available

Pada masa yang sama, individu itu mendakwa Andika pernah memintanya untuk bekerja ketika dia masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak.

Menerusi satu lagi tangkap layar, individu mengaku bekas staf mendakwa pempengaruh itu juga tidak membayar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Individu dakwa Andika Putera tak bayar gaji dan KWSP?

image is not available

“Saya bekas pekerja yang masih menunggu gaji untuk bulan Januari. Semua belum terima. Saya dah penat sabar sebab masa berpantang pun suruh kerja dengan alasan diorang bayar gaji.

“Dengan KWSP tak bayar. Dia kaki maki staf kalau apa dia rancang tak jadi, terutama budak sales yang berhempas pulas ikut strategi dia.

“Lepastu selalu nak minta maaf dengan ayat ‘Dika orang biasa, Dika pun ada emosi,” dakwanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan seperti itu dengan menyifatkan terdapat majikan yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja sendiri.

Kenapa majikan selalu macam ni?

image is not available

Kalau tak mampu, jangan ambil pekerja

image is not available

Andika Putera tak bayar gaji? Tapi menunjuk

image is not available

Sembang mahal tapi tak bayar gaji staf

image is not available

Bagaimanapun, tiada sebarang kesahihan berhubung dakwaan individu-individu tersebut. Malah, Andika juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan terbabit.

Sumber: X twtbiy