“Dia Suruh Bagi Muka Sebab Baru Kahwin & Ada Anak Special” – Andika Putera Didakwa Tak Bayar Gaji & EPF Staf?

LocalEntertainment
12 Feb 2025 • 10:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laman X, baru-baru ini, seorang individu telah memaparkan tangkap layar mesej beberapa staf pempengaruh dikenali ramai, Andika Putera yang mengadu majikannya itu masih belum membayar gaji mereka.

image is not available

Andika didakwa culas bayar gaji

Dalam paparan mesej yang dimuat naik itu, dapat dilihat seorang staf mendakwa mereka seperti ‘pengemis’ meminta agar gaji mereka dibayar tetapi Andika masih mendiamkan diri.

image is not available

Apabila ramai yang gesa gaji mereka dibayar, pempengaruh itu akan meminta agar staf-stafnya memberi dia muka susulan baru sahaja mendirikan rumah tangga dan perlu menanggung anak perempuan yang istimewa.

‘Masa berpantang suruh kerja katanya bayar gaji..’

Selain itu, terdapat seorang lagi staf Andika tampil meluahkan rasa tidak puas hati kerana gajinya masih belum diterima.

image is not available

Saya dah penat sabar sebab masa berpantang pun suruh kerja alasan diorang bayar gaji. Dengan epf tak bayar nya.

Dalam pada masa yang sama, staf berkenaan turut mendakwa Andika merupakan seorang majikan yang kuat maki stafnya dan akan memberi alasan dirinya seorang manusia biasa yang mempunyai emosi.

image is not available 3 months ago

"Konon Old Money Tapi Minta Bayar Ansuran" - Kata Berminat Nak Beli Kereta Klasik, Rupanya Andika Nak Buat Konten Saja?