“Berpantang pun suruh kerja” – Bekas Staf Dakwa Andika Putera ‘Liat’ Nak Bayar Gaji Pekerja?

LocalEntertainment
12 Feb 2025 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pempengaruh Andika Putera dilihat sekali lagi menjadi tumpuan netizen di X apabila ada beberapa individu mendakwa diri mereka merupakan bekas pekerjanya mendedahkan sisi gelap syarikat pempengaruh itu ketika bekerja dengannya.

Menerusi satu perkongsian di X, salah seorang individu yang dikatakan bekas pekerja itu menyatakan bahawa dia tidak menerima gaji untuk bulan Disember 2024 dan Januari 2025. Jelasnya, apabila pekerja meminta gaji, disuruhnya berhenti kerja.

Namun begitu, individu ini dakwa bekas majikannya sengaja melengah-lengahkan masa untuk berikan ‘termination letter’, dakwanya, bekas majikannya itu cuba nak elak individu tersebut daripada membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Konon suruh bagi muka sebab dia baru kahwin ada anak istimewa. Habis staf ni lagi la puasa dah dekat, mana yang ada anak nak settle hal sekolah lagi. Tak ada empati, dia asyik dok buat konten terpaling old money, terpaling ada bini DR, honeymoon sampai RM 20K tapi gaji tak bayar alasan dia layak bercuti sebab dah lama tak pergi bercuti.”

Sementara itu, ada individu lain yang juga dakwa dirinya bekas pekerja Andika mengatakan bahawa dia kini masih menunggu gajinya, malah dia mengatakan bahawa dia disuruh untuk bekerja ketika waktu berpantang.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang memberikan reaksi kurnag senang terhadap sikap majikan yang menindas pekerja.

image is not available image is not available

Hantaran ini telah meraih lebih 10K jumlah perkongsan di X. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih belum ada respon daripada Andika Putera, diharap tuan empunya badan boleh tampil beri penjelasan mengenai hal ini agar dapat mengelakkan daripada berlakunya salah anggap sekiranya ia tidak benar.

Sumber : X

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.