Individu dakwa dibayar sertai geng Old Money, dapat RM100 untuk 10k likes

LocalEntertainment
18 Nov 2024 • 11:54 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular baru-baru ini seorang individu dakwa dibayar sertai geng Old Money jika video mana-mana video berkaitan komuniti itu yang dimuat naik ke media sosial menerima jumlah sukaan tertentu.

Menerusi satu hantaran di X, meinmokhtar telah memuat naik satu confession tanpa nama yang dihantar kepadanya menerusi aplikasi Not Gonna Lie (NGL).

Individu dakwa dibayar sertai geng Old Money

image is not available

Menurut individu tersebut, dia berasa malu untuk mengakui bahawa dia merupakan salah seorang daripada ahli komuniti Old Money Andika Putera.

“Agak malu nak mengaku tapi saya antara salah seorang yang sertai cult Old Money Andika Putera. Dalam gambar yang ramai-ramai tu ada saya.

Bagaimanapun, dia berkata dia sanggup menyertai komuniti itu kerana menerima bayaran daripada pempengaruh berkenaan dengan setiap sukaan video berkenaan komuniti itu.

Individu dakwa dibayar sertai geng Old Money ada dalam foto ini

image is not available

Dakwa individu berkenaan, Andika Putera akan membayar ahli komunitinya dengan wang ringgit sebanyak RM100 bagi setiap 10 ribu sukaan di media sosial.

Pada masa yang sama, individu itu turut mendakwa setakat ini dia telah menerima bayaran sebanyak RM2,000 hasil daripada jumlah sukaan pada video Old Money.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang berkata mereka tidak berasa hairan jika ahli komuniti Old Money itu sebenarnya dibayar oleh Andika Putera.

Bagus dia ni, tau mencari peluang

image is not available

Kena bayar pun tak pelik

image is not available

Patutlah ada yang terjebak dengan ‘cult‘ ni

image is not available

Individu dakwa dibayar sertai geng Old Money, tau dah…..

image is not available

Bagaimanapun, dakwaan daripada individu ini tidak dapat disahkan memandangkan ia dilakukan secara anonymous (tanpa nama) dan tiada kenyataan lain daripada ahli komuniti itu sendiri.

Sebelum ini, Andika Putera telah menubuhkan sebuah komuniti baharu untuk individu-individu yang mahu berpakaian seperti ‘Old Money’.

Susulan penubuhannya, rata-rata warganet mengecam kewujudan komuniti itu disamping turut mendakwa Andika Putera tidak memahami maksud sebenar ‘Old Money’.

Namun begitu, Andika Putera seakan-akan tidak mengambil endah dengan kecaman dan teguran daripada orang ramai disamping masih meneruskan aktiviti komunitinya.

Sumber: X meinmokhtar