‘Malu nak mengaku tapi…’ – Ahli dakwa dibayar oleh Andika untuk sertai Old Money Community?

LocalEntertainment
18 Nov 2024 • 4:10 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available
Ahli Old Money Andika Putera

image is not available

Pempengaruh sensasi, Andika Putera, baru-baru ini memperkenalkan sebuah komuniti baharu yang mempromosikan gaya hidup berpakaian seperti konsep ‘Old Money’. Walaupun mendapat perhatian ramai, kewujudan komuniti ini turut menerima kritikan warganet yang mendakwa Andika tidak memahami maksud sebenar konsep tersebut.

Walau bagaimanapun, Andika kelihatan tidak terkesan dengan kecaman tersebut dan terus giat menjalankan aktiviti melibatkan kumpulannya.

Baru-baru ini juga, Andika turut mengadakan perjumpaan rasmi pertama komuniti it dan disambut dengan meriah oleh para ahli.

Dalam video yang dikongsikan di media sosial, Andika menjelaskan keahlian komuniti tersebut memerlukan bayaran yuran seumur hidup sebanyak RM249. Yuran ini menawarkan beberapa manfaat eksklusif, termasuk pemberian one-piece collar — sejenis baju kolar yang didakwa tiada di pasaran Malaysia. Selain itu, ahli juga diberikan akses kepada program affiliate untuk menjual produk tanpa modal besar.

Tetapi, seorang individu tampil membuat dakwaan bahawa ahli kumpulan tersebut sebenarnya dibayar untuk menyertai komuniti itu.

image is not available

Dalam satu hantaran di platform X oleh pengguna meinmokhtar, individu tidak dikenali itu mengaku sebagai ahli kumpulan dan mendedahkan dia menerima bayaran RM100 bagi setiap 10 ribu sukaan yang diterima pada video berkaitan komuniti tersebut.

“Agak malu nak mengaku, tapi saya antara salah seorang yang sertai cult Old Money Andika Putera. Dalam gambar yang ramai-ramai tu ada saya,” katanya dalam pengakuan yang dihantar menerusi aplikasi ‘Not Gonna Lie’ (NGL).

Menurut individu itu, sehingga kini dia telah menerima bayaran sebanyak RM2,000 hasil daripada jumlah sukaan pada video yang dimuat naik.

Andika nafi tuduhan fitnah?

image is not available

Di ruangan komen, ramai warganet menyatakan mereka tidak terkejut jika dakwaan tersebut benar. Namun begitu, tuduhan ini tidak dapat disahkan memandangkan ia dibuat secara anonim tanpa sebarang bukti tambahan atau kenyataan daripada ahli lain.

‘Pura-pura terkejut’

image is not available

‘Syak buat MLM je ni’

image is not available

‘Ini bukan old money, ni easy money’

image is not available