“Nak dekat RM2K” – Individu Dedah Andika Putera Bayar RM100 Untuk Sesiapa Sertai ‘Old Money Club’?

Entertainment
18 Nov 2024 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial di mana pempengaruh serta usahawan, Andika Putera dilihat menjalankan sebuah kumpulan dipanggil Old Money Club.

Kumpulan itu dilihat, memakai pakaian serta fesyen yang melambangkan kekayaan seperti seluar slack dan kemeja selain berkumpul bersama untuk sesi perkongsian.

Movement itu mendapat kecaman hebat daripada netizen yang merasakan ‘old money‘ bukanlah sebuah cara berfesyen sebaliknya individu yang mendapat harta turun-temurun.

Terbaru, dalam satu perkongsian anonymous di laman aplikasi X, seorang individu mendedahkan bahawa dia dibayar RM100 oleh Andika untuk menyertai kumpulan itu.

image is not available

Dalam ciapan yang dikongsikan menerusi akaun NGL @meinmokthar itu, difahamkan Andika membayar RM100 setiap 10K likes yang diperolehinya di media sosial untuk video Old Money Club kepada mereka yang menyertai content tersebut.

Malah, individu berkenaan mededahkan setakat ini dia sudah memperoleh RM 2,000 daripada video yang tular itu.

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan berkenaan pendedahan ini daripada Andika Putera.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.