
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, ibadah korban dilakukan saban tahun sempena sambutan Aidiladha sebagai simbol pengorbanan dan ketaatan kepada perintah Allah SWT.
Setiap aktiviti dari pemilihan haiwan, sembelihan, sehinggalah ke urusan pembersihan dan pelupusan sisa korban mempunyai garis panduan yang digariskan syarak agar ia tidak mendatangkan mudarat kepada masyarakat sekeliling.
Namun begitu, masih wujud individu yang dilihat seolah-olah mengabaikan aspek tanggungjawab dan adab dalam menguruskan ibadah ini.
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Buang Najis Ketika Cuci Perut Lembu Di Sungai Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Makan Daging Korban Nazar Jika Hajat Belum Termakbul?
Baca Artikel Berkaitan: Rasa Liat Selepas Dimasak, Rupanya Ini Sebab Daging Korban Tak Sesuai Dibuat Steak
Bangkai Terapung Didakwa Merupakan Haiwan Korban
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@deqnan_sematang), dia berkongsi keadaan di sebuah sungai yang didakwa tercemar akibat sisa korban yang dibuang begitu sahaja.
Dalam video berkenaan, kelihatan dua bendasing berwarna coklat kehitaman terapung di atas permukaan air, didakwa merupakan bangkai dan kulit lembu korban yang dibuang tanpa dikambus atau dilupuskan secara sempurna.
Perakam meluahkan rasa kecewa terhadap sikap individu yang melaksanakan ibadah korban, tetapi pada masa yang sama mengabaikan aspek kebersihan dan tanggungjawab sosial.
Menurutnya lagi, biarpun objek yang dibuang itu berkemungkinan merupakan bahagian atau sisa lain yang tidak digunakan, namun tetap tidak wajar dibuang ke dalam sungai.
“Tahu la nak buat korban, tapi benda macam ni takkan buang dalam sungai? Kan lebih baik tanam,” keluhnya dalam video tersebut.
Tambahnya, bangkai itu sudah pun meninggalkan bau yang kurang menyenangkan di sekitar kawasan sungai berkenaan.
jenis dulu beranak Pak hang tak azan kt telinga kot.!!!
Tonton video penuh [DI SINI].
Netizen Persoal Akhlak & Tanggungjawab Pelaku
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan ketidakpuasan hati terhadap tindakan tidak bertanggungjawab individu yang membuang sisa bangkai haiwan ke dalam sungai tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Sebahagian pengguna turut mempersoalkan di mana letaknya common sense dan kefahaman terhadap ajaran agama dalam melaksanakan ibadah yang sepatutnya membawa berkat, bukan kecaman.



Tindakan seperti ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, bahkan memberi imej negatif kepada umat Islam sekiranya ibadah korban tidak disertai dengan adab dan tanggungjawab yang sewajarnya.
Wajib Ke Tanam Daging Korban?
Menerusi semakan kami, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebelum ini pernah mengulas tentang isu pengurusan daging korban.
Menurut beliau, daging korban tidak wajib ditanam. Hukum sebenar perbuatan tersebut adalah sunat.
“Kalau kita buang, tidak memudaratkan orang, tidak menyebabkan bau busuk (di tempat) orang (lain), harus (buang dalam tong sampah). Tapi kalau kita buang dalam tong sampah jadi busuk, berlalat dan jadi penyakit kita (perlu) tanam.
“Macam darah kita. Walaupun darah kita sedikit dekat hidung atau dahi lepas tu kita ambil tisu lap. Ada merah sikit, darah. Sunat kita tanam tisu tu. Apa benda yang keluar daripada badan sunat tanam,” jelas UAI.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Dakwa 20KG Daging Korban Dibuang Di Tempat Pelupusan Sampah
Baca Artikel Berkaitan: Lebih Afdal Korbankan Seekor Kambing Atau Satu Bahagian Lembu? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: “Hitam Jangan Sedih”- Lembu Seperti Menangis Sebelum Dikorbankan Undang Perhatian Ramai [Video]

![“Rehatlah Dulu”- Ramai Persoal Aisyah Hijanah Terus Bekerja Sehari Selepas Bersalin [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![“Sebaknya Hati” – Wanita Dakwa 20KG Daging Korban Dibuang Di Pelupusan Sampah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
