“Rehatlah Dulu”- Ramai Persoal Aisyah Hijanah Terus Bekerja Sehari Selepas Bersalin [Video]

Family & ParentingLifestyle
12 Jun 2025 • 12:45 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui proses bersalin yang dilalui oleh seorang wanita atau para ibu bukanlah perkara yang mudah.

Malah ia merupakan salah satu proses yang berisiko tinggi kerana membabitkan dua nyawa iaitu ibu dan anak.

Bukan hanya itu, para ibu yang baru sahaja selesai proses bersalin turut disaran dan dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Selain itu, para ibu juga perlu melalui beberapa tempoh berpantang bagi memastikan diri mereka dapat berehat serta badan menjadi kuat semula seperti sebelumnya.

Aisyah Hijanah kembali bekerja di pejabat selepas sehari bersalin

Terbaharu usahawan dan influencer, Aisyah Hijanah telah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat kembali bekerja selepas sehari bersalin anak yang keempat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Aisyah di Instagram, dia telah berkongsi perjalanan sebelum dan selepas melahirkan bayi keempatnya itu.

Pada empat jam sebelum bersalin, Aisyah dilihat sudah bersedia dengan pakaian hospital untuk melalui proses melahirkan anaknya itu.

Selepas lapan jam bersalin, kelihatan dia dilihat berbual mesra dengan suaminya iaitu Alif Teega sambil duduk di atas katil hospital.

Ceria masuk pejabat selepas sehari bersalin anak keempat

Namun selepas 17 jam bersalin kelihatan Aisyah sudah berada di pejabat dengan ceria.

“Satu hari selepas bersalin, terus masuk office untuk pantau postage di TikTok. Banyaknya order untuk lip butter Hijanah.

“Sambung buat live sambil pek order korang. Dua hari selepas bersalin, sambung buat live dekat TikTok ikut jadual.

“Sambil kejar siapkan order korang dengan staf,” tulisnya dalam video tersebut.

Kongsi bagaimana boleh kekal kuat dan bertenaga

Di ruang kapsyen, Aisyah turut berkongsi bagaimana dia boleh terus kuat dan bertenaga selepas bersalin.

“Sebenarnya, ‘Your mindset is everything’. Aisyah ada pantang, cuma Aisyah campur cara pantang Melayu dan saintifik.

“Pagi, Aisyah akan berurut, tungku semua. Masuk tengah hari, Aisyah akan masuk pejabat dan banyakkan pergerakan. Aisyah memang latih badan Aisyah untuk kuat dan boleh hadap semua perkara.

“Bila kita ada strong mindset, Insya-Allah kita akan kuat dan boleh buat macam-macam. Aisyah tak boleh duduk diam, saya cuma tak suka melihat diri sendiri terbaring atas katil untuk tempoh yang lama.

“Saya perlu lakukan sesuatu dan badan perlu menjadi aktif,” ujarnya lagi.

Selain itu, Aisyah turut mengatakan dia banyak mengambil buah-buahan serta jus. Menurutnya apabila seseorang mempunyai target yang tinggi, badan dan minda juga perlu bergerak selari dengan apa yang dimahukan.

Katanya kerana itu jugalah dia banyak bergerak aktif serta bersyukur sewaktu bersalin tidak mempunyai sebarang koyakan serta jahitan. Perkara itu secara tidak langsung memudahkannya untuk bergerak seperti biasa.

Ramai persoal Aisyah Hijanah terus kembali bekerja selepas sehari bersalin

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, ramai yang mempersoal tindakan Aisyah untuk terus bergerak aktif walhal baru sahaja sehari selesai proses melahirkan.

Ada juga berpendapat seseorang perlu memberikan ruang pada diri untuk berehat seketika demi kepentingan kesihatan mental, fizikal dan emosi.

Malah ada yang mengatakan usahawan itu perlu mengutamakan diri dan juga bayi dan menyifatkan masa untuk berpantang tidak lama dan apa yang lebih penting adalah kesihatan ibu serta anak.

Selain itu ada yang menyifatkan kesan tidak berehat dengan betul mungkin dapat dilihat nanti.

Memetik Hello Doktor, terdapat 7 tips penjagaan selepas bersalin:

  • Menggunakan pad dan bukan tampon untuk darah yang keluar selepas bersalin.
  • Gunakan pek ais sekitar bahagian faraj bagi mengurangkan kesakitan.
  • Menggunakan air suam untuk mandi.
  • Minum air secukupnya.
  • Ambil makanan bernutrisi dalam penjagaan selepas bersalin.
  • Berehat dan dapatkan tidur yang mencukupi.
  • Dapatkan bantuan seperti suami atau pembantu yang boleh melakukan tugasan rumah dan bayi agar ibu dapat berehat.

“Kenapa perlu binasa diri.. baru sehari rehatlah, pekerja ada, suami ada. Baik awak muat naik proses berpantang”

image is not available

“Aisyah, uri lekat bermaksud pendarah dan luka lebih banyak daripada biasa. Tolong jaga diri awak. Bukan pasal badan nak pakai lama ke apa. Hanya, awak kena sihat. Awak sangat kena jaga diri. Untuk diri awak dan bayi..”

image is not available

“Awak patut berehat sis, badan kita hilang banyak darah ketika melahirkan. Kehilangan darah, nutrisi dan hormon menjadi rendah. Memang wajib berehat, cukup makan nak elakkan komplikasi-komplikasi lain. Ni fakta sis, jangan asal boleh je”

image is not available

“Kesannya mungkin tak nampak hari ni. Rehat Aisyah, walaupun badan rasa sihat dan bersemangat. Internal badan kita tak tahu, tambah-tambah awak ada komplikasi”

image is not available