
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak kiralah pekerjaan apa sekalipun, setiap orang dinasihatkan agar sentiasa berlaku jujur dalam melakukan kerja seharian.
Namun entah mengapa, ada segelintir individu khususnya peniaga dilihat tidak jujur dan mengambil kesempatan dengan menipu dalam timbangan semata-mata untuk meraih keuntungan.
Individu Dakwa Perut Sotong Diisi Dengan 2 Ekor Ikan Basung
Semalam (17 Jun), tular di media sosial perkongsian seorang individu yang mendakwa menemui dua ekor ikan basung dalam perut sotong yang dibelinya.
Kongsi individu berkenaan di Threads, dia telah membeli satu kilogram sotong yang keseluruhannya berjumlah tujuh ekor dari Pasar Besar Kota Kinabalu, Sabah pada minggu lalu.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia mendakwa setiap ekor sotong yang dibeli mengandungi dua ekor ikan basung yang sama saiz dalam perut haiwan berkenaan.
Individu Pelik Perut Sotong Diisi Ikan, Dakwa Tindakan Tersebut Boleh Menambahkan Berat
Dia berpendapat adalah sukar untuk mempercayai bahawa semua itu adalah kebetulan.
“Ia kelihatan seperti ikan itu telah dimasukkan ke dalam sotong sekaligus berpotensi menaikkan kesuluruhan berat dan jumlah yang perlu dibayar pelanggan,” dakwanya.
Malah, dia turut bertanyakan kepada pengguna lain adakah mereka juga pernah berhadapan situasi sama.
Menerusi hantaran itu juga, individu berkenaan turut berkongsi gambar perut sotong yang dibelinya dan mengandungi dua ekor ikan berkenaan.
View on Threads
Warganet Dedah Rupanya Ramai Pernah Jadi Mangsa Taktik Baharu Peniaga
Perkongsian yang telah mendapat lebih 428,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berpendapat itu adalah taktik terbaharu penipuan.
Ini kerana bagi mereka, adalah tidak logik jika sotong tersebut memakan ikan yang sama saiz malah keadaan ikan juga dilihat sempurna dan tidak hancur.
Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang mendakwa turut berhadapan situasi sama ketika membeli sotong di pasar yang berlainan.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Selalu Kalau Siang Sotong Kadang-Kadang Memang Akan Ada Ikan Kecil, Tapi Ikan Super Kecil Taw Yang Macam Atok Level Ikan Bilis, Ini Memang Macam Ada Orang Letak”

“Emak Saya Beli Sotong Minggu Lepas, Semalam Baru Siang Nak Masak, Ada Total 6 Ekor, Dalam Setiap Satu Ada 1-2 Ekor Ikan Macam Ni”

“Strategi”

“Jahatnya Lah, Tengah Meniaga Tau”

“Saya Pun Sama, Bukan 1 Ekor Sotong Yang Berisi Ikan Dalamnya, Ada Dalam 3-4 Ekor Sotong Dalamnya Ada Ikan”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puas Hati Lihat Pelanggan Tak Jadi Beli Lepas Peniaga Kantoi Tipu Timbangan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Nasib Ada Resit” – Pelancong Malaysia Kecewa Diviral Konon Tak Bayar Makan, Restoran Popular Indo Mohon Maaf [Video]






![YouTuber & Pekerja Muzium Mohon Maaf Selepas Dakwa Upin & Ipin Berasal Dari Indonesia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/YouTuber-dan-pekerja-muzium-mohon-maaf-selepas-tular-dakwaan-upin-ipin-berasal-dari-Indonesia-1-800x467.jpg?t=1779426742)