Individu dakwa TikToker warga emas biar rumah sewa macam hutan, pemilik tanggung rugi RM33,000

LocalEntertainment
28 Jan 2025 • 3:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
TikToker warga emas

TikToker warga emas didakwa biar rumah sewa macam hutan termasuklah membuatkan pemilik kediaman menanggung kerugian sebanyak RM33,000.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna X dikenali sebagai ainapinkk, dia telah memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak memberi sewa kepada TikToker warga emas yang menggunakan nama Princess Suzie Ungku Suzieadriana/Aunty Pink.

image is not available

TikToker warga emas tak bayar sewa & semua bil

Ujarnya, Princess Suzie atau Suzie Rozieana @ Naiemah Binti Bt Yaakub, 62 dan Mohd Shariff Bin Abdul Razak, 60 turut tinggal bersama seorang lagi individu dipercayai ahli keluarga juga.

Jelas pengguna X, kediaman milik ibunya itu telah dirosakkan termasuklah tidak membayar tunggakan sewa, bil api, air dan lain-lain sehingga mencecah RM33,000.

image is not available

TikToker warga emas buat kerosakan ke atas rumah sewa

Difahamkan, pada awalnya mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman tersebut sehingga jiran berdekatan menyatakan penyewa adalah TikToker warga emas.

Walau bagaimanapun, mereka akui kesilapan sendiri apabila tidak menggunakan khidmat agen untuk urusan penyewaan, tidak datang memantau keadaan rumah serta menukar nama penyewa terhadap pembayaran-pembayaran bil tersebut.

image is not available

Tengok live dia pun rasa terkejut dengan kehidupan di rumah

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila masing-masing mengakui pernah perasan keadaan rumah TikToker berkenaan yang dilihat tidak terurusan sewaktu sedang bersiaran langsung di media sosial berkenaan.

Ada juga yang tertanya-tanya sama -ada benarkan mereka mempunyai masalah mental kerana selesa sahaja tinggal di dalam kediaman yang dilihat cukup kotor.

image is not available

Sedih tengok rumah jadi macam tu

image is not available

Rumah punyalah semak samun gitu

image is not available

Difahamkan, TikToker berkenaan telah tinggal di kediaman sewa tersebut sejak tahun 2016 sehingga 2024.

Dia yang terkenal kerana kerap membuat siaran langsung di media sosial itu sememangnya menjadi perhatian ramai memandangkan sikapnya yang agak pelik.

Sumber: X ainapinkk