Pemilik Dedah Rumah Disewa Princess Suzie Pinky Dah Macam ‘Hutan’, Kerugian Cecah RM33K!

28 Jan 2025 • 1:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
rumah

Tular di aplikasi X perkongsian pemilik rumah mendakwa rumah yang disewa seorang pempengaruh TikTok rosak teruk.

Menurut perkongsian pengguna @ainapinkk, ibunya telah menyewakan sebuah rumah di Selangor kepada pasangan warga emas dikenali sebagai Suzie Rozieana @ Naiemah Binti Yaakub dan Mohd Shariff Bin Abdul Razak.

Rumah disewa influencer TikTok rosak teruk, bil beribu tak bayar

Difahamkan, Suzie popular di TikTok dengan beberapa nama antaranya “Princess Suzie” dan “Aunty Pink”. Lebih mengejutkan apabila pasangan ini didakwa sebagai ‘hoarder’ iaitu mempunyai tabiat mengumpul barang.

image is not available

Selain rumah rosak teruk, pemilik juga terpaksa menanggung kerugian lebih RM33,000! Kos tersebut melibatkan bil eletrik dan air, meter air dan sewa yang tertunggak.

  • Bil TNB tertunggak: RM16,000
  • Meter air & paip rosak: RM2,500
  • Sewa tidak dibayar: RM13,000

Kata pemilik rumah, mereka sudah berusaha pelbagai cara untuk mengusir keluarga ini dari rumah sehingga terpaksa memanggil polis dengan alasan ada kematian di rumah terbabit.

image is not available

Individu ini turut mengakui beberapa kesilapan yang menyebabkan mereka terperangkap dengan penyewa tidak bertanggungjawab seperti ini.

image is not available

Antara kesilapan pemilik adalah tidak melantik ejen menguruskan rumah sewa, tidak memeriksa keadaan rumah dan tidak menukar nama bil kepada penyewa.

Dalam perkongsian itu juga, pemilik rumah meminta orang ramai untuk berhati-hati kerana pasangan ini kini menetap di Jalan Teratai, Taman Mega Jaya. Dia berharap agar pihak tuan rumah yang baru tidak mengalami nasib yang sama.

#OhmediaNasihat

Sebagai seorang penyewa, mereka bertanggungjawab menjaga rumah dengan baik seperti rumah sendiri. Janganlah pula rumah dibiarkan ‘semak’ seperti hutan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa jiran-jiran lain.

Jangan pelik kalau selepas ini pemilik meletakkan syarat yang ketat kepada penyewa untuk mengelakkan masalah ini berulang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: X


The post

appeared first on

.