Individu Dedah TikToker Popular Sewa Rumah Ibu Sampai Rosak – “Mereka Adalah ‘Hoarder’, Kami Kerugian Lebih RM33K”

28 Jan 2025 • 10:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hantaran dibuat oleh satu akaun di laman sosial X telah mendapat perhatian netizen selepas individu tersebut mendedahkan tentang kelakuan buruk seorang TikToker dikenali ramai.

Menerusi hantaran itu, dia memberi peringatan kepada pemilik rumah sewa agar berhati-hati dengan TikToker wanita tersebut yang sebelum ini tinggal dan menyewa di rumah ibunya.

Katanya, rumah ibunya rosak dan mengalami kerugian besar selepas diberi sewa kepada TikToker itu bersama suami dan anaknya.

Mereka telah merosakkan rumah milik ibu saya di Selangor. Saya sertakan gambar rumah ibu saya yang rosak & gambar penyewa syurga ini.

image is not available

image is not available

Individu itu akui kesilapan keluarganya kerana tidak mengupah ejen hartanah, tidak datang memeriksa rumah secara berkala dan turut mendedahkan jumlah kerugian terpaksa ditanggung ibunya.

Akibatnya, kami menelan kerugian anggaran lebih RM33,000, Jangan tanya kenapa tidak halau mereka, kami sampai panggil polis untuk halau.

image is not available

image is not available

Individu tersebut membuat hantaran tersebut untuk mengingatkan pemilik rumah yang disewa TikToker itu sekarang agar berwaspada dengan keluarga berkenaan.

Jadi hati-hati ya semua. Jangan ulangi kesilapan kami. Saya minta maaf kerana lambat viralkan ni. Moga pihak tuan rumah sekarang alert pasal ni.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

Sewa Tertunggak Lebih RM15K, MBS Cabut Pintu Rumah Penyewa PPR - "Sewa Murah Pun Tak Boleh Bayar"