Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular beberapa hantaran di media sosial apabila ada pengguna yang mendakwa terdapat lelaki yang mengutip parkir (ulat parkir) secara haram di sebuah parkir di MRT Maluri, Kuala Lumpur.
Individu itu didakwa mengutip parkir sebanyak RM5, malah turut meletakkan kain rentang berdekatan palang masuk parkir terbabit. Perkara itu kemudiannya menjadi sohor dan menimbulkan persoalan adakah lelaki itu pihak yang sah untuk mengutip wang di parkir itu.
View on Threads
View on Threads
ParkIt dedah individu kutip duit parkir bukan kakitangannya
Terbaharu, ParkIt Malaysia mengesahkan individu yang tular dengan memakai baju ‘security’ itu bukanlah kakitangan mahupun wakilnya.
“Individu berbaju ‘security’ yang meminta bayaran RM5 di pintu masuk parking MRT Maluri pagi ini bukan kakitangan atau wakil ParkIt.
“Banner yang diletakkan di depan Park N Ride Maluri bukan diletak oleh ParkIt,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Threads.
ParkIt tak buat sebarang kutipan bayaran di parkir MRT Maluri ketika ini
ParkIt turut menegaskan pihaknya tidak mengutip sebarang bayaran parkir di MRT Maluri buat ketika ini serta tidak membenarkan mana-mana pihak mengutip bayaran untuk pihaknya.
Ekoran daripada insiden yang berlaku, beberapa tindakan telah diambil oleh ParkIt seperti:
- Sedang membuat laporan polis
- Video dan bukti telah diserahkan kepada pihak berkuasa
- MRT Corp, RapidKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dimaklumkan
- Wakil RapidKL dan Polis Bantuan Prasarana telah datang ke kawasan parkir
Oleh itu, mereka juga meminta orang ramai untuk:
- Tidak membuat pembayaran
- Tidak bertengkar
- Catat masa dan lokasi
- Lapor kepada polis atau hubungi ParkIt
Minta pihak berkuasa ambil tindakan segera
Ini kerana ParkIt lebih mementingkan keselamatan orang awam selain turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi keselamatan pengguna MRT.
“Ini bukan kali pertama. Selagi kelulusan tanah untuk parkir MRT Maluri belum dimuktamadkan, kawasan ini terus terdedah (terbuka). Kami merayu pihak berwajib untuk bertindak segera demi keselamatan pengguna MRT.”
View on Threads
Dalam satu balasan komen pengguna, ParkIt juga memaklumkan kain rentang yang dipasang juga telah diturunkan serta menjadi bukti kepada pihak berkuasa.
![Image from: Individu Didakwa Kutip Parkir Berdekatan MRT Maluri, ParkIt Malaysia Tampil Beri Penjelasan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ParkIt-1.jpg)

![[VIDEO] Lelaki kutip duit di parkir MRT Maluri bukan staf ParkIt](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-05-at-3.32.28-PM-1024x768.jpeg)

![[VIDEO] ‘Why we have to pay to you?’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-05-at-12.34.32-PM-1024x768.jpeg)


