![Image from: [VIDEO] Lelaki kutip duit di parkir MRT Maluri bukan staf ParkIt](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-05-at-3.32.28-PM-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – ParkIt Malaysia tidak mengutip sebarang bayaran parkir di Stesen MRT Maluri buat masa ini, malah tidak membenarkan mana-mana pihak mengutip bayaran bagi pihak berkenaan.
Menerusi hantaran Thread, ParkIt Malaysia menjelaskan, seorang individu lelaki memakai baju-T ‘SECURITY’ yang tular di media sosial meminta bayaran RM5 di pintu masuk parkir MRT Maluri pagi tadi juga bukan kakitangan atau wakil ParkIt.
“Kain rentang diletakkan di depan Park N Ride Maluri juga bukan diletakkan oleh ParkIt.
“Tindakan kami hari ini ialah, laporan polis tengah dibuat, video dan bukti telah diserahkan kepada pihak berkuasa serta memaklumkan kepada MRT Corp, Rapid KL, PDRM, dan DBKL.
“Malah, wakil Rapid KL dan Polis Bantuan Prasarana juga telah datang ke lokasi berkenaan,” katanya pada hantaran tersebut hari ini.
ParkIt Malaysia turut menasihati pengguna supaya tidak membayar parkir berkenaan selain tidak bertengkar dengan individu yang mengutip bayaran itu.
“Catat masa dan lokasi, dan laporkan kepada polis (999) atau DM (mesej) kami. Keselamatan anda paling penting.
“Ini bukan kali pertama. Selagi kelulusan tanah untuk parking MRT Maluri belum dimuktamadkan, kawasan ini terus terdedah. Kami merayu pihak berwajib untuk bertindak segera demi keselamatan pengguna MRT,” katanya.
Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, pengguna tempat letak kereta di Stesen MRT Maluri mendakwa ada pihak yang mengutip bayaran parkir sedangkan mereka dikatakan tidak mempunyai kuasa untuk melakukan kerja tersebut.
Menerusi video tular di media sosial dimuat naik pengguna Thread Hnnalily, dia menuntut penjelasan daripada seorang individu yang menjaga parkir di kawasan itu serta menunjukkan QR kod bagi pembayaran parkir.
Bagaimanapun, QR kod itu tertera nama individu dan didakwa bukannya sebuah organisasi atau pihak mempunyai kuasa untuk mengutip bayaran parking. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Lelaki kutip duit di parkir MRT Maluri bukan staf ParkIt appeared first on Kosmo Online.




![Individu Didakwa Kutip Parkir Berdekatan MRT Maluri, ParkIt Malaysia Tampil Beri Penjelasan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ParkIt-1.jpg?t=1791188662)
![[VIDEO] ‘Why we have to pay to you?’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-05-at-12.34.32-PM-1024x768.jpeg)
