[VIDEO] ‘Why we have to pay to you?’

5 Oct 2026 • 12:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Why we have to pay to you?’

PETALING JAYA – Pengguna tempat letak kereta di Stesen MRT Maluri mendakwa ada pihak yang mengutip bayaran parkir sedangkan mereka dikatakan tidak mempunyai kuasa untuk melakukan kerja tersebut.

Menerusi video tular di media sosial dimuat naik pengguna Thread Hnnalily, dia menuntut penjelasan daripada seorang individu yang menjaga parkir di kawasan itu serta menunjukkan QR kod bagi pembayaran parkir.

Bagaimanapun, QR kod itu tertera nama individu dan didakwa bukannya sebuah organisasi atau pihak mempunyai kuasa untuk mengutip bayaran parking.

“Why we have to pay to you” (kenapa kami perlu bayar pada awak), kenapa kena bayar, korang ni siapa? I’m not paying (saya tak nak bayar),” kata wanita tersebut pada rakaman video.

Bagaimanapun, lelaki itu yang memakai baju-T hitam bertulis ‘security’ mendakwa dia hanya pekerja.

“Saya bagi nombor bos saya, saya pekerja,” katanya.

Pada hantaran lain, wanita itu menceritakan isu berkait parkir berkenaan yang didakwa dihadapi oleh pengguna tren di Stesen MRT Maluri.

“Bila isu ni nak selesai. Parking ni dulu memang kena bayar RM4.50, lepas tu palang rosak dan tiada siapa betulkan, jadi percuma.

“Akhir-akhir ini ada yang tutup jalan masuk dan paksa masuk parking lain bayar RM3. Dah selesai, pagi ni hadap ni pula bayar RM5. Nak suruh bayar, buat betul-betul,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada yang memuji wanita tersebut kerana berani bersuara.

“Selagi ulat parking dan ulat tiket ni wujud, jangan harap lah kita jadi negara maju,” komen Hasifdarimi.

“Memang aku suka perempuan tegak macam ni, jeritkan lagi muka dia,” kata Blxckbarbiex.

“Patutlah belakang tadi sesak. Terima kasih sebab berkeras. Takut balik nanti mesti dia kutip duit,” komen Bunga.melati.

“Bagus kak, kadang diorang ni ambil kesempatan je,” komen Qunchicken. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Why we have to pay to you?’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved