Individu Ini Dedah Perangai Fattah Amin Waktu Kerja - “Setiap Kali Masuk Waktu Solat, Dia Orang Pertama Yang Minta…”

12 Oct 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas kes perceraian dengan aktres Nur Fazura, ramai rakan selebriti dan kenalan rapat memuji serta mendedahkan perangai sebenar pelakon Fattah Amin.

Solat ikut waktu

Terbaharu, seorang individu yang pernah bekerja dengannya menerusi akaun TikTok Pi Shafi turut berkongsi mengenai Fattah yang sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya.

 

“Aku bukan kawan dia, aku hanya rakan sekerja, serindustri dan aku pernah kerja dengan dia beberapa kali juga. Aku tak tahu dekat luar perangai dia macam mana.

 

“Tapi aku yakin, apa yang tempat kerja itu yang dibawa. Fattah ini kalau dekat set, kat tempat kerja, kau tahu tak… kalau setiap kali masuk waktu solat, dia orang pertama yang minta untuk nak solat.

 

“Dia solat tepat waktunya dan dia memang cukup waktu dia memang akan solat, bagus dia. Aku tak sebagus itu tau, aku ini jahil,” kongsi individu tersebut.

Hanya fikir kerja

Pada perkongsian yang sama, individu tersebut turut memberitahu Fattah juga seorang yang hanya memberi perhatian kepada kerja tanpa memikirkan hal orang lain.

 

“Dia seorang yang tak cakap banyak, cakap yang penting-penting saja fasal kerja. Tak ada nak gedik dengan perempuan mana-mana. Dia memang fokus dan komited betul untuk satu kerja.

 

“Dia pula jenis yang steady, dia memang bersungguh-sungguh buat kerja. Tak suka cakap fasal orang, masuk campur hal orang. Benda macam itu dia bawa kat luar sama saja,” ujarnya.

 

Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

 

Untuk info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

@pishafi Aku terpaksa bersuara jgk..sbb ramai jgk yg nak tau..at least korang tau dia macam mana kan #duniahiburan #fattahamin #duniatiputipu ♬ Renungan Diri - Anto D'Ryuzaki